:: Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) ::
 
Pengenalan 4
Maklumat Korporat 4
Bantuan Kebajikan 4
Kerjaya 4
Pencen 4
Pemb. Usahawan 4
Berita Semasa 4
Soalan Lazim 4
Jaringan 4
Muat Turun Borang
SISTEM SMS
EMAIL PEGAWAI
Berita Terkini
Arkib Berita

 


Tuan, BSN ada menawarkan skim pinjaman kepada pesara. Bagi pesara perkhidmatan awam, antara dokumen asas yang diperlukan oleh pemohon yang hendak memohon pinjaman adalah salinan Kad Pesara. Untuk pesara tentera,adakah mereka diberi dokumen yang sama atau dokumen yang yang. Mohon maklumbalas serta tindakan tuan selanjutnya. Sekian. Terima kasih. Rejini b. Japar Ali Bhg. Pemb. Produk Ibu Pejabat BSN Tel. 03-21623222 samb. 6109

[Ditanya oleh: rejini b. japar ali > bank simpanan nasional > 06/11/2008 9:41:00]

Untuk makluman, setiap pesara tentera samada berpencen atau tidak diberi kad pesara selepas menamatkan perkhidmatan bagi yang masih belum memiliki boleh memohon berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Bagi pesara berpencen dahulunya diurus oleh pihak JPA kad pesaranya berbeza dari yang dikeluarkan oleh JHEV.

[Dijawab oleh: JHEV > 13/11/2008 9:54:00]

SAYA BALU PENERIMA PENCEN ARWAHYARHAM KOPERAL JUSOH BIN HUSIN T20670 SEPATUTNYA MENERIMA PENCEN PENUH KERANA PINJAMAN PERUMAHAN TELAH HABIS BAYAR TETAPI POTONGAN MASIH BERJALAN DAN PINJAMAN PERUMAHAN MASIH BERBAKI RM6,892.04. MOHON SEMAK SEGERA KERANA SEPATUTNYA SAYA MENERIMA PENCEN PENUH DAN BAKI DI PINJ PERUMAHAN TELAH HABIS. JULIAH BT HASIM (510321-01-5298 NO TEL 06-6626306,012-6812949 DAN 012-6062949 (ANAK)

[Ditanya oleh: JULIAH BINTI HASIM > PORT DICKSON,N.SEMBILAN > 03/11/2008 11:14:00]

Untuk makluman, puan menerima pencen penuh selepas kematian suami dan tunggakkan pinjaman perumahan sebanyak RM6,892.04 belum dijelaskan selepas kematian arwah. Pihak JHEV tidak boleh buat potongan tanpa surat arahan dari Bahagian Perumahan. Sila hubungi bahagian Guaman di 0388802359/0388802802/0388802927 untuk keterangan lebih lanjut mengenai masalah Puan.

[Dijawab oleh: JHEV > 05/11/2008 10:26:00]

perubahan alamat.dari negeri Perak Kepada:No 8 Jalan Hijau 3/11.Green Valley Park Rawang,Selangor

[Ditanya oleh: hamdan bin daharee > Rawang Selangoe > 20/10/2008 10:48:00]

Maaf, perubahan tidak dapat dilakukan kerana tidak disertakan nombor tentera. Sekiranya Encik status berpencen, Encik hendaklah menggunakan Borang Permohonan Pertukaran Alamat.

[Dijawab oleh: JHEV > 24/10/2008 15:17:00]

BAT D 92 HILANG. PERKARA INI DISEDARI SEMASA BALIK DARI SESSI TEMUDUGA. BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAPATKANNYA SEMULA. WALAUBAGAIMANA PUN SAYA ADA MEMBUAT SALIN BAT D 92.

[Ditanya oleh: ABD AZIZ IBRAHIM > SEREMBAN > 17/10/2008 10:05:00]

Sila rujuk ke Jabatanarah Rekod dan Pencen(JRP) untuk mendapatkan semula BAT D 92 Encik kerana perkara tersebut dibawah pengurusan JRP.

[Dijawab oleh: JHEV > 20/10/2008 9:30:00]

mengenai skim bantuan rumah mesra rakyat, berapa lamakah tempoh permohonan diproses?

[Ditanya oleh: Nurul Nadia Harun > Kuala Lumpur > 11/10/2008 18:17:00]

Untuk makluman, pihak JHEV hanya mengedar borang sahaja kepada yang berkelayakan. Segala urusan dan tempoh adalah dibawah Syarikat Perumahan Negara Berhad.

[Dijawab oleh: JHEV > 13/10/2008 10:11:00]

bagaimana memohon skim bantuan rumah mesra rakyat?

[Ditanya oleh: NURUL NADIA BT HARUN > KUALA LUMPUR > 08/10/2008 22:08:00]

Puan boleh dapatkan borang di ibupejabat JHEV dan bagi negeri lain sila ke JHEV Cawangan Negeri yang terdekat untuk mendapatkan borang kerana borang adalah terhad.

[Dijawab oleh: JHEV > 10/10/2008 11:07:00]

Assalamualaikum, Saya ingin penjelasan mengenai bayaran exgratia hilang upaya yang pernah dihebahkan dalam akhbar tidak lama dulu, siapakah yang layak menerima dan berapa kadarnya. Sekian terima kasih.

[Ditanya oleh: Misran Suarti > Klang > 07/10/2008 12:34:00]

Wa'ailakumsalam. Untuk makluman, bayaran exgratia diberi kepada penerima pencen hilang upaya dan penerima ganjaran hilang upaya yang mendapat kecederaan mulai 01 Jan 2001. Cara pengiraan sila rujuk PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2001.

[Dijawab oleh: JHEV > 08/10/2008 11:02:00]

Saya seorang bekas anggota atm dan sekarang ini sedang bekerja di unit haemodialysis di salah sebuah hospital swasta di seremban. Soalan saya adakan JHEV bercadang untuk membuka pusat rawatan haemodialysis untuk memberikan rawatan kepada veteran atm dan pekerjanya pula boleh diambil dari veteran bekas anggota kor kesihatan.

[Ditanya oleh: zakaria othman > seremban > 04/10/2008 17:33:00]

Untuk makluman, buat masa sekarang JHEV tidak ada cadangan untuk membuka pusat rawatan haemodialysis kerana JHEV telah menyediakan panel pusat rawatan haemodialysis yang telah dilantik oleh JHEV di seluruh Malaysia.

[Dijawab oleh: JHEV > 08/10/2008 16:34:00]

Salam Sejahtera, saya ingin mengemukakan soalan mengenai bantuan peralatan pesakit...boleh kah saya mendapatkan kaki palsu (diabetes) dan pada masa yang sama saya membuat tuntutan bayaran kanta mata (Pembedahan penukaran kanta mata? Adakah kedua-dua2 kemudahan ini boleh saya perolehi? Terima kasih...No tentera T804181

[Ditanya oleh: Megat Hazlan > Lumut > 27/09/2008 0:23:00]

Salam sejahtera, secara asasnya tuan boleh memohon mendapatkan kaki palsu dan disamping itu membuat tuntutan bayaran kanta mata secara serentak dan hendaklah dikemukakan dalam dua borang yang berasingan. Semua permohonan tersebut hendaklah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sila rujuk di laman web JHEV pada tajuk Pencen dan sub tajuk Perubatan.

[Dijawab oleh: JHEV > 08/10/2008 16:58:00]

permohonan saya untuk bantuan kebajikan kemasukan ipta telah lulus,no tentera ayah saya 933838,saya ingin bertanya,adakah bantuan itu sudah dihantar kepada penerima,sebab tarikh jangkaan terima bantuan sudah hampir sebulan.

[Ditanya oleh: norain > kuala kangsar > 23/09/2008 14:19:00]

Untuk makluman, bantuan(cek) telah dihantar kepada penerima(atas nama anak) melalui pos. Sila hubungi Bahagian Kebajikan (03-20508038) sekiranya masih belum terima bantuan tersebut dalam tempoh 2 minggu dari sekarang.

[Dijawab oleh: JHEV > 08/10/2008 16:41:00]


27/11/2008 - PERAK
PROGRAM MAJLIS DIALOG JHEV ATM BERSAMA VETERAN ATM KENERING DAN KAUNTER BERGERAK

12/11/2008 - KEDAH
KHIDMAT PELANGGAN UNTUK VETERAN PULAU PINANG & KEDAH SELATAN AKAN DIADAKAN PADA 12 NOV DAN 26 NOV 2008 DI KOMPLEKS PERNAMA/PERHEBAT BUTTERWORTH

09/11/2008 - JOHOR
KAUNTER BERGERAK DAN MAJLIS DIALOG JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM JOHOR DI SIMPANG RENGGAM,KLUANG

26/09/2008 - SABAH
SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

27/02/2008 - SARAWAK
KAUNTER BERGERAK JHEV ATM

 

PENAFIAN:
JHEV dan Kementerian Pertahanan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.