:: Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) ::
 
Pengenalan 4
Maklumat Korporat 4
Bantuan Kebajikan 4
Kerjaya 4
Pencen 4
Pemb. Usahawan 4
Berita Semasa 4
Soalan Lazim 4
Jaringan 4
Muat Turun Borang
SISTEM SMS
EMAIL PEGAWAI
Berita Terkini
Arkib Berita

 


Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan bulanan bagi meringankan beban tanggungan sara hidup Veteran ATM dan tanggungan mereka yang dhaif, uzur, hilang upaya dan menghidap penyakit kronik berdasarkan kelayakan mengikut kiraan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan.


Skim bantuan persekolahan JHEV bertujuan membiayai anak Veteran ATM yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah berasaskan kelayakan mengikut kiraan PGK yang ditetapkan. Setiap keluarga yang layak hanya akan menerima bantuan persekolahan untuk seorang anak sahaja. Permohonan akan diproses pada bulan Januari dan Februari setiap tahun. Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Februari dan permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut akan dipertimbangkan pada tahun depan.


Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus kepada Veteran ATM, isteri dan tanggungan untuk membeli peralatan bantuan sokongan seperti kerusi roda, implant kanta mata, alat pendengaran dan sebagainya. Setiap permohonan hendaklah disertakan laporan dari doktor kerajaan bagi menyokong keperluan dan sebut harga / resit asal bagi alat berkenaan.


Skim bantuan kemasukan ke IPT ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan pendaftaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi. Ia merupakan pemberian sekaligus dan bukan berbentuk biasiswa / pinjaman. Proses pembayaran kepada penerima bantuan akan dibuat pada bulan Julai atau Disember setiap tahun. Syarat-syarat kelayakan bagi skim ini adalah seperti berikut :

i)  Hanya pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di Institut Pengajian Tinggi Awam sahaja yang akan dipertimbangkan.

ii)  Berumur dibawah 23 tahun ketika pendaftaran.

iii) Permohonan hendaklah dibuat semasa pelajar di  semester pertama kemasukan ke IPTA

iv) Permohonan hendaklah sampai ke pejabat JHEV Negeri di mana pemohon tinggal di dalam masa tidak lebih 5 bulan selepas pelajar tersebut mendaftar.

v) Pemohon hanya layak menerima satu bantuan sahaja sama ada di peringkat Diploma atau  Ijazah Pertama

vi) Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai oleh kerajaan tidak diterima untuk dipertimbangkan seperti Matrikulasi, Latihan   Ketenteraan, Kursus Perguruan, Separa Perubatan, Institut Kemahiran dan sebagainya.

vii)  Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 4,000 sebulan.


Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus untuk meringankan kesusahan, kerosakan kepada rumah kediaman yang dialami akibat bencana alam seperti banjir, ribut dan kebakaran. Setiap permohonan hendaklah disertakan laporan polis dan gambar sebagai bukti.

27/11/2008 - PERAK
PROGRAM MAJLIS DIALOG JHEV ATM BERSAMA VETERAN ATM KENERING DAN KAUNTER BERGERAK

12/11/2008 - KEDAH
KHIDMAT PELANGGAN UNTUK VETERAN PULAU PINANG & KEDAH SELATAN AKAN DIADAKAN PADA 12 NOV DAN 26 NOV 2008 DI KOMPLEKS PERNAMA/PERHEBAT BUTTERWORTH

09/11/2008 - JOHOR
KAUNTER BERGERAK DAN MAJLIS DIALOG JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM JOHOR DI SIMPANG RENGGAM,KLUANG

26/09/2008 - SABAH
SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

27/02/2008 - SARAWAK
KAUNTER BERGERAK JHEV ATM

 

PENAFIAN:
JHEV dan Kementerian Pertahanan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.