:: Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) ::
 
Pengenalan 4
Maklumat Korporat 4
Bantuan Kebajikan 4
Kerjaya 4
Pencen 4
Pemb. Usahawan 4
Berita Semasa 4
Soalan Lazim 4
Jaringan 4
Muat Turun Borang
SISTEM SMS
EMAIL PEGAWAI
Berita Terkini
Arkib Berita

 


SKIM SARA HIDUP

Pemohon yang berjaya akan dibayar melalui cek pada kali pertama penerimaan bantuan. Cek akan dihantar kepada penerima bantuan. Bayaran seterusnya akan dimasukan ke  dalam akaun bank penerima dan pembayaran bantuan akan diberhentikan jika penerima tidak mengemukakan salinan buku akaun bank ke Ibu Pejabat JHEV dalam  tempoh 3 bulan dari tarikh penghantaran cek.   Oleh itu, pemohon yang berjaya dikehendaki mempunyai/membuka Akaun Simpanan GIRO BSN atau Bank Affin untuk memudahkan pembayaran.

SKIM PERSEKOLAHAN

Pemohon yang berjaya akan dibayar melalui cek pada bulan Mac setiap tahun sehingga anak Veteran berkenaan menamatkan persekolahan pada peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah. Veteran perlu mengemukakan permohonan baru apabila anak yang menerima bantuan telah tamat persekolahan dan ingin memohon untuk anak lain yang masih bersekolah. Cek akan dihantar terus kepada penerima bantuan.

SKIM BANTUAN IPT

Pemohon yang berjaya akan dibayar melalui cek dan cek tersebut akan dihantar terus kepada penerima bantuan.

SKIM BANTUAN PERALATAN PESAKIT

Bagi permohonan tuntutan balik pembelian peralatan pesakit yang mengemukakan resit, pemohon yang berjaya akan dibayar melalui cek dan cek tersebut akan dihantar terus kepada penerima bantuan.

Bagi permohonan yang mengemukakan sebutharga peralatan pesakit, Jabatan akan mengeluarkan Pesanan Kerajaan (LO) kepada syarikat pembekal melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri.

SKIM BANTUAN BENCANA ALAM

Pemohon yang berjaya akan dibayar melalui cek dan cek tersebut akan dihantar terus kepada penerima bantuan.

27/11/2008 - PERAK
PROGRAM MAJLIS DIALOG JHEV ATM BERSAMA VETERAN ATM KENERING DAN KAUNTER BERGERAK

12/11/2008 - KEDAH
KHIDMAT PELANGGAN UNTUK VETERAN PULAU PINANG & KEDAH SELATAN AKAN DIADAKAN PADA 12 NOV DAN 26 NOV 2008 DI KOMPLEKS PERNAMA/PERHEBAT BUTTERWORTH

09/11/2008 - JOHOR
KAUNTER BERGERAK DAN MAJLIS DIALOG JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM JOHOR DI SIMPANG RENGGAM,KLUANG

26/09/2008 - SABAH
SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

27/02/2008 - SARAWAK
KAUNTER BERGERAK JHEV ATM

 

PENAFIAN:
JHEV dan Kementerian Pertahanan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.