:: Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) ::
 
Pengenalan 4
Maklumat Korporat 4
Bantuan Kebajikan 4
Kerjaya 4
Pencen 4
Pemb. Usahawan 4
Berita Semasa 4
Soalan Lazim 4
Jaringan 4
Muat Turun Borang
SISTEM SMS
EMAIL PEGAWAI
Berita Terkini
Arkib Berita

 

L

Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia akan menganjurkan program-program latihan di bawah Program Pembangunan Francais.

Program latihan yang telah dirangka adalah seperti berikut:


PROGRAM UNTUK FRANCAISI

1. KURSUS ASAS PERNIAGAAN FRANCAIS

Program ini memberi pendedahan mengenai aspek-aspek asas di dalam sistem perniagaan francais dan kaedah-kaedah penilaian daya maju sebagai persediaan mereka untuk menceburi bidang francais.

2. KURSUS SUSULAN BAGI BAKAL FRANCAISI

Sebagai sebahagian dari ‘Program Match-Making’, kursus ini terbuka kepada peserta yang telah menyertai Kursus Asas Perniagaan Francais. Objektif kursus ini adalah untuk membantu bakal-bakal francaisi dalam proses mendapatkan hak francais seperti pembangunan rancangan perniagaan, permohonan untuk menjadi francaisi dan panduan dalam membantu mendapatkan pembiayaan.

3. PROGRAM LATIHAN BAGI FRANCAISI

Program ini disediakan bagi para francaisi yang sedia ada di mana objektif program ini adalah untuk memberi motivasi dan bantuan kepada usahawan dalam meningkatkan operasi perniagaan harian mengikut jadual, keutamaan dan teknik pengurusan secara am.


PROGRAM UNTUK FRANCAISOR

1. KURSUS PEMBANGUNAN BAGI BAKAL FRANCAISOR

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan para usahawan dengan konsep perniagaan francais dan memperkembangkan peluang perniagaan. Ia juga memberi kemahiran kepada bakal francaisor mengenai persediaan, kaedah dan prosedur pembangunan perniagaan francais.

2. KURSUS PEMANTAPAN FRANCAISOR

Program ini dibentuk berdasarkan keperluan dan kehendak francaisor. Ia sebagai persediaan kepada francaisor dalam mewujudkan satu persekitaran pengurusan, perhubungan dan komunikasi yang sihat melalui perkongsian pengalaman di dalam dan di luar negara di antara francaisi, pengguna dan persekitaran lain.


PROGRAM-PROGRAM LAIN

1. KURSUS PEMBANGUNAN PERUNDING FRANCAIS

Bertujuan melahirkan perunding perniagaan serta broker francais yang berwibawa untuk memberi bimbingan dari segi menyediakan kertas cadangan, merangka konsep, dan membentuk sistem bagi membangunkan sesebuah perniagaan francais di Malaysia.

2. SEMINAR AKTA FRANCAIS 1998

Objektif utama program ini adalah memberi pengetahuan kepada orang awam & para pekerja mahir dalam francais mengenai pentingnya Akta Francais 1998. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai implikasi penguatkuasaan serta kandungan akta terhadap perniagaan.

3. PROGRAM BINCANG FRANCAIS

Sebagai forum perbincangan, pertukaran dan pengumpulan maklumat dan pengalaman dikalangan ahli.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Jabatan Pendidikan & Penyelidikan, Persatuan Francais Malaysia
Suite 1045, Tingkat 10, Blok A2, Leisure Commerce Square,
46150 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 603 – 78771557 Faks : 603 – 78771559
E-mail : secrtmfa@tm.net.my

Laman Web : Malaysian Franchise Association

 

4. HADHARI CATTLE INDUSTRI SDN BHD

Program Pembangunan Usahawan Hadhari dalam Ternakan dan produk Lembu. Maklumat seterusnya klik di sini.(format pdf)

Maklumat lanjut, sila hubungi :

Kompleks Penyembelihan Paya Pahlawan
Jalan Kampung Tualang
Mukim Binjal, 06000 Jitra
Kedah Darul Aman

Tel : 604 – 917 3231
Faks : 604 – 916 3231

Laman Web : www.hadharifood.com.my

 **

Untuk maklumat lanjut, program-program di atas sila hubungi:

Bahagian Sosioekonomi (BSE)
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Tingkat 2, 301, Medan Tuanku
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Peti Surat 13191
50802 Kuala Lumpur.

Pegawai untuk dihubungi :

i) Lt. Kol. Zainal bin Mohd Ali (03-2050 8017)
ii) Kapt. Amriza bin Mohd Ashhari (03-2050 8020)

 
 

PENAFIAN:
JHEV dan Kementerian Pertahanan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.