:: Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) ::
 
Pengenalan 4
Maklumat Korporat 4
Bantuan Kebajikan 4
Kerjaya 4
Pencen 4
Pemb. Usahawan 4
Berita Semasa 4
Soalan Lazim 4
Jaringan 4
Muat Turun Borang
SISTEM SMS
EMAIL PEGAWAI
Berita Terkini
Arkib Berita

 

PROSPER

PROSPER

PROSPER, singkatan untuk Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan merupakan satu skim khas yang diperkenalkan pada 2 Ogos 2000 bertujuan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan masyarakat Bumiputera didalam bidang peruncitan. Ianya selaras dengan Polisi Pembangunan Nasional untuk memastikan masyarakat Bumiputera terlibat secara langsung dan aktif didalam pembangunan ekonomi negara.

JHEV dan PUNB bekerjasama bagi menganjurkan Bengkel Rancangan Perniagaan bagi Veteran yang berminat

  • Veteran yang telah memulakan perniagaan dan ingin mengembangkan perniagaan sedia ada atau
  • Veteran yang ingin memulakan perniagaan

 dalam bidang Usahawan Peruncitan :

Tumpuan skop pembangunan peruncitan PROSPER dalam bidang perniagaan francais dan bukan francais adalah seperti berikut :

  • Buku / Alat Tulis
  • Elektrik & Elektronik
  • Farmasi
  • Dobi
  • Kedai Gambar / Cenderamata / Bunga
  • Kedai Runcit / Pasar Mini
  • Optometri / Jam
  • Pembekal Bahan & Perkhidmatan Binaan
  • Pengedar / Bengkel Baikpulih Kenderaan
  • Penjualan Makanan (termasuk Bakeri)
  • Peralatan Sukan & Rekreasi
  • Pusat Perabot / Perhiasan Rumah
  • Stesen Minyak
  • Tekstil & Pakaian / Barang Kemas / Aksesori Wanita
  • Telekomunikasi / IT
  • Klinik Perubatan / Gigi / Mata, Firma Arkitek / Akauntan, Juru Ukur Bahan, Juru Nilai, Jurutera Perunding dan lain-lain firma profesional yang diiktirafkan oleh kerajaan
  • Lain-lain perniagaan yang sesuai

Untuk sebarang pertanyaan atau permohonan, sila hubungi:-

Pejabat Cawangan JHEV Negeri yang terdekat

atau

Bahagian Sosioekonomi (BSE)

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Tingkat 2, 301, Medan Tuanku
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Peti Surat 13191
50802 Kuala Lumpur.

Pegawai untuk dihubungi :

i) Lt. Kol. Zainal bin Mohd Ali (03-2050 8017)
ii) Kapt. Amriza bin Mohd Ashhari (03-2050 8020)

 

27/11/2008 - PERAK
PROGRAM MAJLIS DIALOG JHEV ATM BERSAMA VETERAN ATM KENERING DAN KAUNTER BERGERAK

12/11/2008 - KEDAH
KHIDMAT PELANGGAN UNTUK VETERAN PULAU PINANG & KEDAH SELATAN AKAN DIADAKAN PADA 12 NOV DAN 26 NOV 2008 DI KOMPLEKS PERNAMA/PERHEBAT BUTTERWORTH

09/11/2008 - JOHOR
KAUNTER BERGERAK DAN MAJLIS DIALOG JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM JOHOR DI SIMPANG RENGGAM,KLUANG

26/09/2008 - SABAH
SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

27/02/2008 - SARAWAK
KAUNTER BERGERAK JHEV ATM

 

PENAFIAN:
JHEV dan Kementerian Pertahanan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.