Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Anak

Bantuan kewangan di bawah Yayasan Veteran ATM bagi mengurus jenazah anak Veteran ATM tidak berpencen.


Adakah anda layak?

  • Veteran ATM tidak berpencen atau pasangan.
  • Atau Balu/Duda kepada Veteran ATM tidak berpencen.
  • Atau Penjaga kepada anak Veteran ATM tidak berpencen.
  • Anak yang meninggal berumur 18 tahun ke bawah dan 21 tahun sekiranya masih belajar.
  • Kes kematian Anak adalah tertakluk kepada anak dari pasangan yang dikahwini semasa dalam perkhidmatan atau anak yang diwartakan di dalam buku pengakuan perkhidmatan sahaja (bagi kes anak tiri dan anak angkat).
  • Bagi Anak Kurang Upaya – tiada had umur. Diiktiraf sebagai OKU sebelum berusia 18 tahun. Sila kemukakan bersama kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Kes kematian sebelum Tarikh Kuatkuasa 10 Oktober 2010 tidak tertakluk kepada faedah ini.
  • Tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kematian. Sebarang tuntutan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut tidak akan diproses.

Tentang Bantuan

Bantuan kewangan di bawah Yayasan Veteran ATM bagi mengurus jenazah pasangan Veteran ATM tidak berpencen.

Kadar bantuan

Kadar bayaran adalah sebanyak RM1,500. Bayaran sekali sahaja, dibayar kepada waris terdekat yang menguruskan jenazah anak Veteran ATM terbabit seperti berikut:

Situasi Bayar kepada
Anak Veteran ATM yang mempunyai ibubapa Veteran ATM atau pasangan – sila kemukakan akuan bersumpah.
Anak Veteran ATM yang tidak mempunyai ibubapa Penjaga yang menanggung perbelanjaan menguruskan kematian tersebut – sila kemukakan akuan bersumpah.

Cara Pembayaran

Cara pembayaran BMJ adalah seperti berikut:

  • Bayaran akan diproses oleh Yayasan Veteran ATM.
  • Bayaran akan dibuat menggunakan cek secara serahan tangan ataupun dikreditkan ke akaun bank mengikut permintaan pemohon.
  • Permohonan akan diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap di pejabat Yayasan Veteran ATM.

Bagaimana untuk memohon?

  • Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
    Borang Permohonan Bantuan Menguruskan Jenazah (Veteran Tidak Berpencen) - BMJ 01-Pin.2018
  • Lampirkan dokumen berikut:
    • Salinan Sijil Mati / Permit Penguburan.
    • Salinan Kad Bekas Tentera (KBT)/ Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86 / 92) - setiap muka surat.
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
    • Salinan Akaun Bank Pemohon.
    • Salinan Sijil Kelahiran Si Mati.
    • Salinan akuan belajar (bagi anak melebihi 18 tahun, dibawah 21 tahun)
    • Surat Akuan Bersumpah seperti kembaran A pada borang.

    Nota: Salinan dokumen hendaklah disahkan.

  • Kemukakan tuntutan di Pejabat Yayasan Veteran ATM atau di JHEV Cawangan Negeri.

Dapatkan bantuan!

Perhatian! Urusan permohonan BMJ adalah di bawah pentadbiran Yayasan Veteran ATM. Anda boleh berhubung terus dengan Yayasan Veteran ATM di alamat yang berikut:

Alamat:
Yayasan Veteran ATM
Tingkat 20, Menara TH Perdana,
Kementerian Pertahanan
1001, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
No telefon:
03-2050 8191 / 8194

Soalan Lazim

[maklumat sedang dikemaskini]


Maklumat tambahan

[maklumat sedang dikemaskini]