Definisi Veteran ATM
Definisi Veteran
"Veteran" ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut :
- Angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia;
- Angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
- Force 136;
- Tentera British yang telah berkhidmat di Malaya, Malaysia atau Singapura; dan
- Sarawak Rangers