• Laman Utama

Pencen Perkhidmatan

Pencen Perkhidmatan dibayar setiap bulan kepada anggota yang layak apabila tamat perkhidmatan.


Adakah anda layak?

Anggota berikut layak menerima Pencen Perkhidmatan:

  • Pegawai Tauliah Tetap yang telah mencapai umur persaraan pilihan atau umur persaraan paksa atau mempunyai perkhidmatan yang diakui 20 tahun dan ke atas (tertakluk kepada kelulusan MAT)
  • Pegawai Tauliah Jangka Pendek jika bersara pada umur persaraan paksa Pegawai Tauliah Tetap.
  • Anggota Lain-lain Pangkat yang mempunyai perkhidmatan yang diakui sekurang-kurangnya 21 tahun.
  • Pegawai Tauliah Tetap, Pegawai Tauliah Jangka Pendek atau Anggota Lain-lain Pangkat yang berhenti atas alasan perubatan yang disahkan oleh Lembaga Perubatan sebagai “Unfit”.

Anda tidak layak menerima pencen jika anda salah satu dari senarai di bawah:

  • Dihukum penjara.
  • Menyembunyikan fakta.

Tentang Pencen Perkhidmatan

Pencen perkhidmatan akan dibayar terus-menerus kepada pesara sehingga beliau meninggal dunia.

  • Pencen bukanlah satu hak mutlak veteran.
  • Pencen tidak boleh diserah hak kecuali untuk menyelesaikan hutang kerajaan atau di atas perintah mahkamah (tuntutan nafkah).
  • Bayaran ini terhenti apabila pesara meninggal dunia. Waris perlu melaporkan ke JHEV untuk proses pindah bayar kepada waris yang layak melalui faedah Pencen Terbitan.

Berapakah nilai pencen yang akan dibayar?

  • Bagi Pegawai Tauliah Tetap kiraan pencen bulanan adalah seperti berikut:
    1/600 x Jumlah bulan genap perkhidmatan diakui x Gaji Akhir pangkat sebenar = Pencen Perkhidmatan*

    * Tertakluk kepada maksimum 3/5 daripada Gaji Akhir

  • Bagi Pegawai Tauliah Jangka Pendek kiraan pencen bulanan adalah seperti berikut:
    3/4 x 1/600 x Jumlah bulan genap perkhidmatan diakui x Gaji Akhir pangkat sebenar = Pencen Perkhidmatan*

    * Tertakluk kepada maksimum 3/4 daripada 3/5 daripada Gaji Akhir

  • Bagi Anggota Lain-lain Pangkat kiraan pencen bulanan adalah seperti berikut:
    1/504 x Jumlah bulan genap perkhidmatan diakui x Gaji Akhir pangkat sebenar = Pencen Perkhidmatan*

    * Tertakluk kepada maksimum 3/5 daripada Gaji Akhir

  • Bagi mereka yang berhenti atas alasan perubatan yang disahkan oleh Lembaga Perubatan sebagai “Unfit” pencen dikira bersesuaian dengan kategori di atas tetapi tidak kurang daripada:
    • 1/5 daripada gaji akhir (Pegawai Tauliah Tetap dan Lain-lain Pangkat)
    • 3/4 daripada 1/5 daripada gaji akhir (Pegawai Tauliah Jangka Pendek)

Kenaikan jumlah pencen

Pencen akan dinaikkan 2% setahun dari jumlah pencen bulanan. Penyelarasan dilakukan pada bulan Januari setiap tahun.

Bilakah pencen dibayar?

Pencen dibayar setiap bulan mengikut Jadual Pembayaran Pencen.

Cara pembayaran

Terdapat dua skim pembayaran pencen iaitu:

  • Skim A
    Pencen akan dikreditkan terus ke akaun bank pesara.
  • Skim B
    Pesara perlu hadir ke Bank untuk menerima bayaran pencen.

Bagaimana untuk memohon?

Lihat Tanggungjawab Dokumentasi Persaraan Anggota.


Dapatkan bantuan!

Perhatian! Urusan permohonan pencen dan ganjaran adalah di bawah pentadbiran Jabatan Arah Rekod dan Pencen, Markas Angkatan Tentera. Anda boleh berhubung terus dengan Jabatan Arah Rekod dan Pencen di alamat yang berikut:

Alamat:
Jabatan Arah Rekod dan Pencen
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
No telefon:
03-2071 5731

Soalan Lazim


Maklumat tambahan

Semak penyata pencen

Anda boleh menyemak penyata pencen anda di Sistem Penyata Pencen Veteran ATM
Semak Penyata Pencen

Menukar cara pembayaran pencen Skim B ke Skim A

Muat turun borang Borang Pertukaran Pencen Skim B Kepada Skim A. Hantar borang di JHEV Ibu pejabat atau Cawangan Negeri berdekatan 

Dokumen berkaitan

Buku Faedah Persaraan Anggota ATM (Angkatan Tetap)