Bayaran Balik Rawatan Kecemasan di Hospital/Klinik Swasta

Pembiayaan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan di hospital swasta dalam negeri.


Adakah anda layak?

Bekas Anggota ATM

  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun)
  • Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa (berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun)

Bekas Anggota Bukan ATM

  • Pasukan Force 136
  • Tentera British yang berkhidmat di Malaya /Singapura dan;
  • Sarawak Rangers

Orang Tanggungan (Bekas Anggota ATM)

  • Isteri/Suami yang dikahwini secara sah dan berdaftar semasa dalam perkhidmatan dan namanya tercatat di dalam Buku Pengakuan Perkhidmatan dan Kad Veteran (KV).
  • Isteri/suami yang dikahwini selepas persaraan hanya layak menerima kemudahan perubatan selagi Veteran ATM masih hidup atau sekiranya Veteran ATM tersebut telah meninggal dunia, tempoh kelayakan dikira 20 tahun daripada tarikh persaraan Veteran ATM tersebut.
  • Anak-anak yang dikira tanggungan ialah anak Veteran ATM sendiri dan termasuklah anak angkat, anak tiri dan juga anak tidak sah taraf yang dipelihara sepenuhnya oleh Veteran ATM yang tertakluk had umur berikut:
    • Berumur di bawah 18 tahun
    • Di bawah 21 tahun jika masih belajar.
    • Tiada had umur bagi anak yang cacat/dhaif/terencat akal (anak istimewa). Sekiranya anak yang dilahirkan normal tetapi telah mengalami kecacatan/kerencatan kemudiannya (yang disebabkan oleh demam, kemalangan dan sebagainya) sebelum mencapai umur 18 tahun, Veteran ATM perlu mendapatkan dokumen sokongan iaitu Pendaftaran atau pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pengesahan doktor kerajaan bahawa kecacatan/kerencatan adalah kekal.

Orang Tanggungan (Bekas Anggota Bukan ATM)

  • Isteri/Suami

Siapa Yang Tidak Layak

  • Pegawai dan anggota yang diberhentikan atas sebab disiplin/tatatertib, contoh:
    • Bekas Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diberhentikan di bawah Peraturan 49(l) – ‘Penangguhan Perkhidmatan Tidak Diperlukan’ di bawah Army and Air Force (Terms of Service) Regulation, 1961.
    • Bekas Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dibersarakan di bawah Peraturan 20(2)(f), (g) dan (h) kepada PPAT 1982 serta Seksyen 9 (Pembatalan Tauliah) kepada Akta Angkatan Tentera 1972.
  • Bekas Anggota Pasukan Simpanan ATM yang tidak dikerah sepenuh masa.

Tentang Faedah

Pembiayaan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan di hospital swasta dalam negeri boleh dipertimbangkan dengan syarat:

  • Tempat kejadian kecemasan berhampiran dengan hospital swasta berbanding dengan hospital kerajaan.
  • Rawatan berkenaan adalah kes yang benar-benar memerlukan rawatan serta merta untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan status kecemasan berkenaan disahkan oleh Pegawai Perubatan hospital swasta itu.
  • Perbelanjaan yang dipertimbangkan meliputi perbelanjaan rawatan bagi tempoh kecemasan sehingga pesakit boleh dipindahkan ke hospital Kerajaan, tetapi pesakit dikehendaki menanggung bayaran wad mengikut kadar kelayakannya di hospital kerajaan.
  • Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan hendaklah disertakan laporan klinikal terperinci mengenai tindakan harian yang diambil ke atas pesakit daripada pakar perubatan hospital / klinik swasta yang merawat pesakit. Laporan perlu bertaip.

Bagaimana untuk memohon?

    [maklumat sedang dikemaskini]

Dapatkan bantuan!

Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000


Soalan Lazim

[maklumat sedang dikemaskini]


Maklumat tambahan

[maklumat sedang dikemaskini]