Cabaran

Faktor Kegagalan ATM Dalam Kerjaya Kedua

  1. Tred/Kemahiran Yang Tidak Diiktiraf - Sebahagian besar tred/kemahiran anggota yang diperolehi semasa dalam perkhidmatan tidak diiktiraf di sektor awam.

  2. Tidak Menghadiri Latihan Peralihan di PERHEBAT - Veteran ATM yang tred/kemahiran mereka yang tidak diiktiraf, didapati tidak mempunyai kemahiran yang khusus kerana tidak menghadiri sebarang Latihan Peralihan yang ditawarkan oleh PERHEBAT. Kumpulan ini merupakan kumpulan yang memilih untuk Latihan Sambil Kerja (LSK) ketika menjalani Latihan Peralihan.

  3. Latihan Peralihan Yang Tidak Sesuai - Latihan Peralihan yang diikuti tidak bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.

  4. Telah Mempunyai Pekerjaan - Cuba mendapatkan pekerjaan yang lebih baik walaupun telah bekerja.

  5. Masalah Umur - Majikan lebih cenderung untuk memilih calon-calon yang lebih muda.

  6. Tidak Dapat Menguasai Bahasa Inggeris – Penguasaan Bahasa Inggeris yang kurang baik menyebabkan mereka gagal mendapat jawatan yang lebih baik.

  7. Tidak Serius Ketika Temu duga – Perlu memberi perhatian terhadap keterampilan diri yang kemas, persediaan yang cukup serta serius semasa menghadiri temu duga.

  8. Terlalu Memilih - Ramai yang telah menolak tawaran pekerjaan kerana terlalu memilih pekerjaan dan gaji yang ditawarkan.

  9. Tidak Sanggup Berjauhan - Veteran ATM tidak sanggup bekerja jauh dari tempat kediaman mereka.

  10. Tiada Hala Tuju - Kegagalan menentukan hala tuju menyebabkan Veteran ATM tersalah membuat pilihan ketika menjalani Latihan Peralihan dan ia mengakibatkan;

  • Menukar kemahiran sedia ada kepada kemahiran lain ketika menjalani Latihan Peralihan di mana kemahiran lama dan baru tidak digunakan langsung apabila menamatkan perkhidmatan.

  • Menjalani Latihan Peralihan sekadar memenuhi syarat perkhidmatan semata-mata.

  • Tidak tahu menilai kemahiran yang patut diambil kerana tiada panduan yang jelas mengenai bidang yang patut diceburi.

  • Tidak tahu membuat keputusan sama ada kerja makan gaji atau menjadi usahawan.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.

Disclaimer:- The Government of Malaysia and the Ministry of Defence shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by the Ministry of Defense.