Utama Perkhidmatan Kerjaya Ujian Profil
Ujian Profil Diri (Profiling Test)

Memandangkan kebanyakan bakal pesara dan Veteran ATM tidak jelas dalam menentukan hala tuju sebenar apabila menamatkan perkhidmatan. JHEV ini telah memperkenalkan Ujian Profil Diri atau ‘Profiling Test’ bagi membantu mereka membuat pilihan yang betul. Ujian ini dijangka dapat membantu Veteran ATM supaya tidak membuat kesilapan ketika memilih Latihan Peralihan yang bersesuaian bagi membantu mendapatkan kerjaya kedua atau menjadi seorang usahawan.

Ujian Profil Diri atau ‘Profiling Test’ merupakan satu mekanisme untuk menilai personaliti seseorang. Ia bertujuan mengenal pasti kecenderungan kelakuan individu, orientasi emosi serta menyatakan personaliti setiap individu. Berdasarkan profil diri seseorang individu tersebut maka mereka boleh diberi nasihat dan cadangan dalam aspek- aspek berikut:

  1. Peningkatan diri

  2. Meningkatkan semangat berpasukan

  3. Gaya kepimpinan

  4. Meningkatkan sifat kreatif

  5. Kemahiran Pembelajaran

  6. Jenis kursus peralihan yang wajar diikuti

  7. Jenis pekerjaan yang sesuai

Keputusan ujian ini akan dapat membantu bakal-bakal pesara untuk mengenali diri sendiri. Walaupun sistem ini tidaklah seratus peratus bakal pesara tepat tetapi sekurang-kurangnya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan masing-masing. Ia juga memberikan panduan kepada bakal pesara untuk mempertingkatkan diri dan membaiki kelemahan diri masing-masing. Selain itu, bakal pesara juga boleh mengetahui bidang kursus dan kerjaya yang bersesuaian untuk diikuti selaras dengan profil dan personaliti mereka.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Bahagian Latihan dan Penempatan di talian 03-20508027/28.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.

Disclaimer:- The Government of Malaysia and the Ministry of Defence shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by the Ministry of Defense.