Objektif program ini diadakan adalah seperti berikut;
-
Memberi pendedahan kepada bakal majikan tentang kepakaran dan pengalaman khusus yang dimiliki oleh Veteran ATM semasa berkhidmat di dalam perkhidmatan ATM di mana ianya boleh disumbangkan secara produktif di dalam pasaran gunatenaga semasa sama ada di sektor awam atau swasta.
-
Menyalurkan tawaran peluang pekerjaan kepada JHEV di samping berpeluang mendapatkan sumber tenaga kerja yang cekap, berpengalaman dan berdisiplin.
-
Melalui program yang dirancang juga, JHEV berharap bakal majikan dapat memberi peluang kepada Veteran ATM untuk berkhidmat di dalam organisasi terbabit sebagai pengiktirafan terhadap kemahiran yang dimiliki serta menghargai pengorbanan dan khidmat bakti mereka yang dicurahkan kepada tanahair selama ini.
|