|
Tatacara Proses Untuk Mendapatkan Sumber Tenaga Kerja Dari Veteran ATM |
Jika anda selaku pihak majikan yang berminat untuk mendapatkan sumber tenaga kerja dari kalangan Veteran ATM atau ingin menawarkan sebarang peluang pekerjaan kepada pihak kami bolehlah menghubungi kami.
Tawaran pekerjaan yang ditawarkan sama ada melalui iklan atau surat majikan yang dimajukan kepada Jabatan ini hendaklah menggariskan perkara-perkara berikut :
-
Nama Jawatan Kosong
-
Jumlah Kekosongan
-
Kelayakan atau syarat-syarat yang diperlukan
-
Gaji dan elaun-elaun yang diberi
-
Lain-lain kemudahan seperti perlindungan insuran, pinjaman, penginapan, pengangkutan, uniform atau lain-lain sekiranya ada.
-
Nama Pegawai Sumber Manusia atau Pengurus yang berkenaan untuk dihubungi berserta no. telefon, no. faks dan alamat majikan yang lengkap.
- Lain-lain kriteria-kriteria yang berkenaan jika ada.
Kami di Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM amat berharap majikan-majikan sama ada dari badan kerajaan mau pun agensi swasta dapat membantu Veteran ATM dengan menyalurkan peluang pekerjaan kepada Veteran ATM demi menghargai sumbangan dan pengorbanan yang mereka curahkan selama ini di dalam menjaga keselamatan tanahair kita.
Selain itu, pihak kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan di atas peluang dan kerjasama yang diberi oleh anda sebagai majikan yang berdaftar dengan kami.
|