Utama Pingat & Darjah Kebesaran
Pingat dan Darjah Kebesaran

 

Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) ini adalah yang tertinggi sekali dan paling kanan dalam senarai keutamaan Anugerah Persekutuan
Pingat Panglima Gagah Berani (P.G.B) telah dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan diwartakan pada 11 Ogos 1960. Penghormatan ini diberikan kepada mereka yang berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata dan telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa sewaktu menghadapi musuh
Pingat George Cross (G.C.) ialah pingat yang tertinggi dianugerahkan oleh pihak pentadbiran awam bagi tujuan mengiktiraf keberanian seseorang
alt Pingat George Medal (G.M) dizahirkan melalui Royal Warrant bertarikh 24 september 1940 dan diwartakan dalam London Gazette 31 Januari 1941. Taraf pingat ini dikategorikan setingkat di bawah George Cross
Pingat Military Cross (M.C) pada asalnya dirangka untuk dikurniakan kepada pegawai waran dan pegawai bertauliah peringkat rendah dalam pasukan tentera darat sebagai pengiktirafan “kerana keberanian dan perkhidmatan cemerlang semasa bertempur”, sejajar dengan kehendak Distinguished Service Cross (D.S.C) bagi tentera laut
Pingat Military Medal (M.M.) diwujudkan oleh sebab bilangan pertempuran jarak dekat berlaku hampir setiap hari dalam Perang Dunia Pertama dan keperluan mengiktiraf berani yang ditunjukkan oleh anggota tentera terlibat (tindakan berani yang ditunjukkan sama ada secara bersendirian ataupun berkumpulan)
Pingat Jasa Malaysia (P.J.M.) adalah ‘Campaign Medal’ yang diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2004, bagi mengenang jasa mereka yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia, yang bertugas menegakkan keamanan dan kedaulatan negara ini sepanjang perkhidmatan tempoh darurat

 

 

 

 


 

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.

Disclaimer:- The Government of Malaysia and the Ministry of Defence shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by the Ministry of Defense.