| MAJLIS PERHIMPUNAN MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA BERSAMA VETERAN ATM NEGERI PERAK |
|
Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi telah menyempurnakan Majlis Perhimpunan Menteri Pertahanan Malaysia Bersama Veteran ATM Negeri Perak di Dewan Bankuet, Pejabat SUK Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, Perak pada 6 Februari 2010 (Sabtu) jam 9.00 pagi.
![]() Menteri Pertahanan sedang menyampaikan ucapan kepada tetamu yang hadir
Turut hadir sama ke majlis ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Insfratruktur, Kemudahan Awam Tenaga dan Air, YB Dato’ Ramly bin Zahari mewakili Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Dr Zambry bin Abdul Kadir, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mej Jen Dato’ Zulkiflee bin Mazlan, Panglima 2 Briged, Brig Jen Dato’ Zulkifli bin Mansor serta Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhamad Abdul Ghani,
![]() Sebahagian tetamu yang hadir
Pada majlis tersebut, seramai 23 orang Veteran ATM menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang telah berkhidmat antara tempoh 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 untuk operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) dan dari tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU).
![]() Penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM)
Bantuan wang kebajikan yang turut disampaikan oleh Menteri Pertahanan adalah Skim Bantuan Persekolahan (14 orang), Skim Bantuan Sara Hidup (4 orang), Skim Bantuan Kemasukan ke IPTA (20 orang) dan Bantuan Peralatan Pesakit (5 orang).
|


























