Theme Selection : blue theme red theme green theme


Print

MASIH RAMAI BEKAS TENTERA BELUM DAFTAR PBTM

Posted in Current News

Sandakan, 9 Feb - Dianggarkan 103,000 daripada 300,000 bekas tentera di seluruh negara menamatkan perkhidmatan lebih awal.

Ketua Pengarah Jabatan Hal ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Dato' Wira Haji Mohd Noor Haji Daud berkata pihaknya yakin ramai bekas tentera terutamanya yang berhenti awal tidak mendaftar dengan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM).

Katanya ini menyebabkan pelbagai bantuan disediakan kerajaan termasuk membina dan membaikpulih rumah menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), bantuan sara hidup, kesihatan dan pendidikan anak, tidak dapat disalurkan.

"Setiap tahun sekurang-kurangnya 3,000 anggota bersara atau berhenti awal tetapi sukar dikesan kerana mereka tidak melapor terus kepada PBTM. Ada yang berpindah selepas bersara tetapi tidak memperbaharui alamat mereka menyebabkan usaha menghubungi semula sukar dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Peyerahan Kumci Rumah (NBOS 7) dan Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM), semalam.

Hadir sama, Pengarah JHEV Sabah, Leftenan Kolonel Adnan Ariffin dan Ketua Cawangan PBTM Sandakan, Mohd Zakaria Awang.

Seramai 35 bekas tentera menerima PJM sebagai pengiktirafan atas pengorbanan mereka menentang komunis.

Mohd Noor berkata, kerajaan turut mensasarkan membina dan membaikpulih sebanyak 200 rumah bekas tentera di seluruh negara tahun ini di bawah NBOS 7.