PROSPER

PROSPER, singkatan untuk Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan merupakan satu skim khas yang diperkenalkan pada 2 Ogos 2000 bertujuan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan masyarakat Bumiputera didalam bidang peruncitan. Ianya selaras dengan Polisi Pembangunan Nasional untuk memastikan masyarakat Bumiputera terlibat secara langsung dan aktif didalam pembangunan ekonomi negara.

JHEV dan PUNB bekerjasama bagi menganjurkan Bengkel Rancangan Perniagaan bagi Veteran yang berminat

  • Veteran yang telah memulakan perniagaan dan ingin mengembangkan perniagaan sedia ada atau
  • Veteran yang ingin memulakan perniagaan dalam bidang Usahawan Peruncitan

Tumpuan skop pembangunan peruncitan PROSPER dalam bidang perniagaan francais dan bukan francais adalah seperti berikut :

  1. Buku / Alat Tulis
  2. Elektrik & Elektronik
  3. Farmasi
  4. Dobi
  5. Kedai Gambar / Cenderamata / Bunga Kedai Runcit / Pasar Mini Optometri / Jam
  6. Pembekal Bahan & Perkhidmatan Binaan
  7. Pengedar / Bengkel Baikpulih Kenderaan
  8. Penjualan Makanan (termasuk Bakeri)
  9. Peralatan Sukan & Rekreasi
  10. Pusat Perabot / Perhiasan Rumah
  11. Stesen Minyak
  12. Tekstil & Pakaian / Barang Kemas / Aksesori Wanita
  13. Telekomunikasi / IT
  14. Klinik Perubatan / Gigi / Mata, Firma Arkitek / Akauntan, Juru Ukur Bahan, Juru Nilai, Jurutera Perunding dan lain-lain firma profesional yang diiktirafkan oleh kerajaan
  15. Lain-lain perniagaan yang sesuai

Untuk sebarang pertanyaan atau permohonan, sila hubungi Pejabat Cawangan JHEV Negeri yang terdekat atau

Bahagian Sosioekonomi (BSE)

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Tingkat 2, 301,

Medan Tuanku Jalan Tuanku Abdul Rahman,

Peti Surat 13191 50802 Kuala Lumpur.


Pegawai untuk dihubungi :

i) Cik Rohaizan Binti Daud (03-2050 8017)

ii) Kapt. Mohammad Fakhzan Bin Abdullah (03-2050 8020)

 

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.

Disclaimer:- The Government of Malaysia and the Ministry of Defence shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by the Ministry of Defense.