Objektif

Program ini adalah untuk membangun dan meningkatkan penyertaan Veteran ATM di dalam bidang perniagaan.

PROSPER (Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan) Hasil kerjasama di antara JHEV dan PUNB, Program Keusahawanan Bersepadu ini membantu pembentukan perniagaan runcit yang strategik melalui;

  1. Pembiayaan Perniagaan

  2. Pakej Perkongsian Perniagaan iaitu PUNB menyediakan pembiayaan aktiviti sehingga 30% daripada keseluruhan kos projek. Baki kos projek sehingga maksimum 60% akan dibiayai melalui institusi kewangan yang dilantik dan dijamin sepenuhnya oleh Credit Guarantee Corporation (CGC) sementara 10% dari kos projek pula akan dibiayai oleh usahawan itu sendiri.

  3. Program Pinjaman dan Perkhidmatan di mana PUNB menyediakan pinjaman sehingga 90% dari keseluruhan kos projek tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM 200, 000.

Khidmat kenal pasti premis perniagaan.

Pengurusan Perakaunan.

Kemahiran Keusahawanan.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.

Disclaimer:- The Government of Malaysia and the Ministry of Defence shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by the Ministry of Defense.