Faedah Hilang Upaya

 

Faedah Hilang Upaya hanya dibayar bagi kecederaan/ hilang upaya yang diperkaitkan dengan tugas semasa dalam perkhidmatan.

 

Pencen Hilang Upaya

  • Jika hilang upaya ditaksirkan 20% dan ke atas, pesara boleh dibayar Pencen Hilang upaya. Ia akan dibayar setelah pesara menamatkan perkhidmatan berdasarkan gaji pangkat hakiki semasa kecederaan.

  • Pencen Hilang upaya ini akan terhenti apabila pesara meninggal dunia. Sekiranya pesara meninggal dunia akibat daripada hilang upaya yang dialami, orang tanggungan beliau boleh dibayar pencen orang tanggungan. Untuk tujuan ini laporan “post mortem” diperlukan bagi menentukan samada kematian itu diperkaitkan dengan hilang upaya tersebut atau tidak.

Ganjaran Hilang Upaya

  • Peratus hilang upaya yang ditaksirkan kurang daripada 20%, pesara akan hanya dibayar Ganjaran Hilang Upaya sekaligus semasa menamatkan perkhidmatan.

Ulangkaji Peratus Hilang Upaya

  • Sekiranya pesara merasakan bahawa hilang upaya yang dialami menjadi semakin mudarat, pesara boleh meminta supaya peratus hilang upaya tersebut ditaksir semula. Pesara boleh menghubungi JHEV untuk diselaraskan bersama JRP atau BPK bagi tujuan tersebut.

Elaun Layanan Sentiasa

  • Jika peratus hilang upaya ditaksirkan 100%, pesara boleh dibayar Elaun Layanan Sentiasa pada kadar RM440.00 sebulan setelah mendapat kelulusan Majlis Angkata Tentera (MAT). Elaun ini akan terhenti apabila pesara meninggal dunia.

Elaun Pelajaran

  • Jika pesara menerima Pencen Hilang Upaya pada kadar tetap  Susunan 2 anak beliau boleh diberi elaun pelajaran sebanyak tidak lebih daripada RM685.00 setahun.

  • Syarat-syarat pemberian elaun ini:

  1. Anak itu telah mencapai umur 6 tahun.

  2. Di dalam hal keadaan keluarga memerlukan.

  3. MAT berpuashati bahawa pelajaran akan memanfaatkan anak itu.

  4. Bagi anak yang berumur melebihi 21 tahun dan mendapat faedah pelajaran tinggi, MAT boleh meluluskan amaun yang lebih tinggi.

  5. Elaun ini akan terhenti apabila salah satu syarat di atas tidak dipatuhi.

Keengganan Menerima Rawatan:

  • Jika diperakui oleh Lembaga Perubatan pesara enggan menerima rawatan perubatan, pembedahan atau pemulihan, MAT boleh mengurangkan pencen hilang upaya beliau.
 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.

Disclaimer:- The Government of Malaysia and the Ministry of Defence shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by the Ministry of Defense.