Faedah Kematian

 

  1. Jika pegawai atau anggota meninggal dunia dalam perkhidmatan dan kematian itu tidak diperkaitkan dengan tugas, orang tanggungan akan dibayar Pencen Terbitan dan Ganjaran Terbitan atau Pencen Orang Tanggungan dan Ganjaran Orang Tanggungan.

  2. Sekiranya kematian tersebut diperkaitkan dengan tugas, orang tanggungan boleh dibayar Pencen Orang Tanggungan selain daripada Pencen Terbitan.

  3. Jika pesara meninggal dunia, orang tanggungan atau waris hendaklah menghubungi JHEV dengan segera bagi membolehkan pencen perkhidmatan gemulah dihentikan dan boleh dipindah bayar kepada orang tanggungan sebagai Pencen Terbitan.

  4. Urusan dokumentasi oleh balu. Jika pesara meninggal dunia, orang tanggungan perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut dan dimajukan ke Bahagian Pencen, JHEV untuk tindakan:

    1. Kad Pesara asal/ 2 salinan Kad Pesara / 2 salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan.

    2. Salinan kad pengenalan balu atau penerima pencen.

    3. Salinan Sijil Kematian pesara.

    4. Salinan kad pengenalan atau Sijil Kelahiran anak-anak pesara di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin.

    5. Salinan Sijil Nikah atau Surat Cerai (jika telah bercerai) di antara balu dengan gemulah.

    6. Salinan asal Surat Pengesahan Penjagaan Anak dari Pesuruhjaya Sumpah, Mahkamah atau Pejabat Kadhi yang berdekatan (jika balu telah bercerai atau anak gemulah dijaga oleh orang lain).

    7. Salinan muka hadapan buku akaun bank dan Borang Penyertaan Sistem Pembayaran Pencen Melalui Bank (BQ-BP-03) yang telah disahkan oleh Pegawai Bank yang berkenaan.

    8. Borang Maklumat Orang Tanggungan Kepada Pesara Tentera Meninggal Dunia (BQ-BP-04) yang telah dilengkapkan dan disahkan.

Pencen Terbitan akan terhenti :

  1. Apabila anak telah mencapai umur 21 tahun atau berkahwin atau telah tamat pengajian ijazah pertama di IPT. Bagi anak yang cacat, pencen ini adalah untuk seumur hidup.

  2. 12½ tahun dari tarikh persaraan sekiranya berkahwin selepas bersara.

Pencen terbitan dan pencen orang tanggungan (Susunan 6 atau 9) akan susut kepada 70% :

  1. Jika kematian berlaku dalam perkhidmatan, pencen akan susut selepas 12½ tahun dari tarikh kematian.

  2. Jika kematian berlaku dalam tempoh 12½ tahun dari tarikh bersara, pencen akan susut selepas 12½ dari tarikh persaraan.

  3. Jika kematian berlaku selepas 12½ tahun dari tarikh persaraan, pencen akan susut serta merta. ** Mulai 1 Januari 2009, Pencen Terbitan dan Pencen Orang Tanggungan yang telah disusutkan sebanyak 30% akan dinaikkan ke 100% .

Elaun Pelajaran.

  1. Jika balu adalah penerima Pencen Orang Tanggungan pada kadar tetap mengikut Susunan 6 atau 9, anak beliau boleh diberi elaun pelajaran sebanyak tidak lebih daripada RM685.00 setahun.
 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.

Disclaimer:- The Government of Malaysia and the Ministry of Defence shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by the Ministry of Defense.