|
Masalah Selepas Persaraan |
Perceraian
-
Jika pesara bercerai, apa-apa faedah persaraan selepas kematian gemulah akan hanya dibayar kepada anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun termasuk anak yang cacat.
-
Pencen akan dibayar melalui penjaga anak yang sah dan wang pencen akan ditadbir oleh Amanah Raya.
-
Penjaga anak perlu mendapatkan surat pengesahan penjagaan anak dari Pesuruhjaya Sumpah, Mahkamah atau Pejabat Kadi yang berdekatan bagi melayakkan beliau menerima pencen terbitan bagi pihak anak.
Pesara Bankrap/Dipenjarakan
-
Jika pesara ATM didapati bankrap atau dipenjarakan, pencen akan diberhentikan serta-merta.
-
Walau bagaimanapun, pesara atau orang tanggungan boleh dibayar Elaun Tanggungan Nafkah (ETN) setara dengan pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan yang beliau patut terima setelah dipotong hutang-piutang. Bayaran ETN ini perlu mendapatkan kelulusan MAT.
-
Bagi memproses Kertas MAT untuk pembayaran ETN, dokumen-dokumen berikut diperlukan :
-
Butir-butir peribadi pesara.
-
Salinan perintah penerimaan dan penghukuman.
-
Salinan surat arahan potongan pencen/ganjaran dari Pegawai Pemegang Harta ATAU persetujuan si bankrap untuk potongan.
-
Salinan “Proof Of Debt General Form” (Jumlah hutang).
* *Setelah mendapat pelepasan dari kebankrapan/penjaran, Pencen Perkhidmatan akan dibayar semula.
Perlantikan Wakil Diri Yang Sah
-
Pesara atau penerima pencen yang uzur atau tidak berupaya menguruskan wang pencen boleh melantik wakil diri dari kalangan ahli keluarga mereka yang dipercayai.
-
Wakil diri ini akan diberi kelulusan untuk membuatn tunutan wang pencen bagi pihak pesara/ penerima pencen setiap bulan.
-
Syarat-syarat permohonan wakil diri yang sah adalah seperti berikut:
-
Pesara/ Penerima pencen di bawah Skim B sahaja.
-
Pesara/ Penerima Pencen di bawah umur 70 tahun perlu mengemukakan Surat Pengesahan Keuzuran daripada Doktor.
-
Wakil Diri mestilah seorang Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Sila lampirkan salinan kad pengenalan wakil diri semasa memohon.
-
Hanya akaun perseorangan sahaja dibenarkan (akaun pesara/penerima pencen).
-
Sila lampirkan salinan buku akaun bank sekiranya bertukar akaun.
-
nota: * Kelulusan Wakil Diri adalah sah untuk 12 bulan sahaja.Sekiranya bertukar alamat sila maklumkan ke Bahagian Pencen, JHEV dengan segera.
|