Logo JHEV

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melakukan lawatan bagi Bantuan Sara Hidup dan Bakti Negara di Daerah K.Lipis meliputi kawasan-kawasan berikut pada 28 September 2017:

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Lt Kol Ahmad Rosdi bin Othman TUDM menganjurkan sesi dialog bersama YDP persatuan/kelab Veteran ATM Kedah pada 28 September 2017. Turut hadir ialah Dato' Abd Rahim selaku Ahli Majlis Veteran Kebangsaan.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melawat Veteran ATM Orang Asli, Encik Sharif bin Abdullah (Rej 22 Para Komando) di rumah beliau di Kampung Sungai Boh, Cameron.

Beliau berusia 73 tahun dan mengidap darah tinggi, lumpuh dan gout.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM memberi Penerangan mengenai Bantuan Bakti Negara (BBN) kepada Veteran ATM Orang Asli di Kampung Kuala Boh, Cameron Highlands, Pahang pada 27 September 2017.

Sempena Pesta Tasik Biru, pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak dan PVATM Cawangan Tasik Biru turut terlibat membuka Kaunter Bergerak di program tersebut.

YB Dato Anthony Nogeh, Ahli Parlimen Mas Gading merangkap Tim. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang juga Penaung Persatuan telah sudi menyerahkan Kad Veteran yang telah siap kepada beberapa orang Veteran ATM.

Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Dewan Seri Tanjung, Wisma Transit, Kuala Lumpur kepada 93 orang Veteran ATM daripada Kor JLJ DiRaja termasuk 2 orang balu veteran pada 25 September 2017, jam 3 petang.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim mengadakan lawatan kebajikan dan penyampaian peralatan perubatan berupa kerusi roda kepada Veteran ATM, Encik Ramli bin Abdul Ghani pada 21 September 2017.