• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

PENGUMUMAN – BAUCAR BBN 2017 YANG MASIH BELUM DITUNTUT BAGI JHEV ATM CAW. NEG. SELANGOR & KUALA LUMPUR

Johor, 9 Jun 2018 - Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Kebajikan veteran ATM VKU anjuran PVATM Muar di Kompleks Sukan Pagoh, . Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Dr Sahrudin bin Jamal, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian merangkap Adun Bukit Kepong, Tn. Hj. Abd Karim bin Hj. Husain,Timb. Ketua Pengarah JHEV ATM, YBhg Kapt Dato' Hj. Sharuddin bin Hj. Omar Timb. President PVATM, dan YBhg Tn. Hj. On bin Jabar, Pegawai Daerah Muar.

Kota Bharu, 7 Jun 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias melakukan lawatan kebajikan ke atas veteran ATM, Encik Merel bin Harun (tidak berpencen) di Wad 6 katil 15 Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kelantan.

Veteran telah diserang stroke semenjak 10 hari lepas sehingga mengakibatkan beliau terlantar dan tidak sedarkan diri. Pihak JHEV ATM akan memproses permohonan yang selayaknya diperoleh oleh beliau bagi meringankan beban keluarganya.

Seri Kembangan, 7 Jun 2018 - Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan kepada pesakit Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Tuan Haji Abd Karim bin Haji Husain.

Seramai 42 orang telah menerima sumbangan perayaan termasuk 26 orang veteran ATM.

Pahang, 6 Jun 2018 - Penyerahan Voucher BBN dan peralatan pesakit kepada veteran ATM di sekitar Kuala Lipis, Benta dan Cameron Highland oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Ahmad Rosnizam bin Mat Stu seperti berikut;

1. Mat Isa A/L Bah Chufek ( T135859) Tanah Rata,Cameron Highlands.

2. Ismail Bin Gelok ( T1042103) Kampung Sarang,Betau, Kuala Lipis.

3. Razalli Bin Yahya ( T1016061) Kampung Tualang Padang,Benta.

Batu Caves, 6 Jun 2018 - Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah telah menyampaikan Sumbangan Perayaan kepada Pesakit Dialisis di Pusat Dialisis Yayasan Veteran Sunway.

Seramai 29 orang pesakit telah menerima sumbangan yang terdiri daripada veteran ATM dan orang awam.

Pahang, 5 Jun 2018 - Penyerahan Voucher BBN di Jengka dan Jerantut oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Ahmad Rosnizam seperti berikut:

1. Abdul Manan Bin Sani ( T 127557) di Jengka 21.

2. Ahmad Subri Bin Md Rasid ( T 1074996) di Felda Jengka 13.

3. Mohd Azam Bin Junus@ Muhammad Nor ( T 826097) di Felda Jengka 9.

4. Daud Bin Busah (T 72681) Felda Kota Gelanggi 01 di Jerantut.

5. Mohd Junaidi Bin Mohd Nor ( T 1072514) di Mukim Tebing Tinggi Jerantut.

Bukit Beruntung, 05 Jun 2018 - Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Khir bin Abdullah telah merasmikan Majlis Sumbangan Perayaan Aidilfitri 2018 Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM Bukit Sentosa. Seramai 36 orang telah menerima sumbangan termasuk 5 orang veteran ATM.