• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

 

Melaka, 26 April 2018 – Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim turut hadir ke Majlis Penyerahan Bantuan Insentif Veteran ATM Tidak Berpencen Anak Melaka di Dewan Japerun, Klebang. Majlis telah disempurnakan oleh Datuk Seri Utama IR Haji Idris bin Haron, Ketua Menteri Melaka. Seramai 303 veteran ATM telah hadir dah menerima sumbangan yang diberikan oleh kerajaan melaka.

 

 

Machang, 24 April 2018 – Majlis Penyerahan Kunci Rumah 1Malaysia Veteran Home Repair Programme (1MVHRP) kepada veteran ATM Yaacob bin Abd Ghani di Kmapung Pertok, Temangan, Kelantan.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Timbalan Menteri kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Batu Pahat, 24 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri menziarah keluarga Allahyarham Mohd Jamalias bin Kaliwon di Kampung Parit Bugis, Senggarang.

Kedah, 23 April 2018 - Majlis Jejak Veteran & Penyampaian Sumbangan kepada veteran ATM OKU bagi Kawasan Kubang Pasu telah diadakan di Darul Aman Golf Resort.

Majlis telah  disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pertahanan, YB. Dato' Sri Mohd Johari Bin Baharum dan turut hadir adalah Pengerusi PV ATM Malaysia, YB Senator Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Hj Mohd Nor (B).

Kamunting, 23 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi turut hadir ke Program Jom Ngeteh Bersama Veteran ATM yang pertamak kali diadakan di Perak.

Program ini telah diadakan di Rumah Veteran di Kampung Pinang dan turut dihadiri oleh Calon P060 Taiping, Encik Tan Keng Liang dan Adun N16 Kamunting iaitu YB Dato' Mohammad Zahir Bin Dato' Abdul Khalid. Seramai 60 orang veteran ATM telah hadir ke program ini.

 

 

Kuala Lumpur, 23 April 2018 - Lawatan kebajikan Pegawai JHEV ATM Cawangan Selangor & W.P Kuala Lumpur ke atas veteran ATM,

T410411  Kol (B) Arifin bin Agam di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wad Kaji Saraf 4A Katil 11.

Veteran tidak mampu bergerak dan hanya terlantar di katil akibat masalah urat saraf di kepala namun keadaan semasa veteran adalah stabil. Penerangan berkaitan bantuan yang boleh diuruskan oleh JHEV ATM telah diberikan kepada waris (anak) bagi meringankan beban yang ditanggung.

Selangor, 23 April 2018 - Lawatan kebajikan Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri  Selangor & K.l, Kapten Mohd Shahrizal bin Mohd Khalid ke atas veteran ATM, T713238 Mej (B) Md Zulkifli bin Ibrahim di Hospital Kajang, Tingkat 1 Wad  3 Katil 23.

Veteran tidak mampu bergerak dan hanya terlantar di katil akibat masalah bengkak hati dan paru-paru berair namun keadaan semasa beliau adalah stabil.

Pulau Pinang, 23 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM melakukan lawatan kebajikan terhadap veteran ATM, 805551 Masngut bin Mohamad Dimyati (TLDM - 13 tahun).

Veteran telah tinggal di Rumah Jagaan Orang Tua milik swasta di alamat No 197, Perkampungan Juru, Bukit Mertajam. Beliau berusia 63 tahun dah mengalami stroke semenjak 2012 serta isteri beliau telah meninggal dunia pada 2014 akibat kanser payudara.