• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Gelang Patah, 14 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri turut menghadiri Mesyuarat Agung PVATM Cawangan Gelang Patah.

Turut hadir Hj Zainudin b. Sanusi, Setiausaha Sulit Kanan MB Johor.

 

Sungai Petani, 13 April 2018 - Gurun, 14 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM turut hadir ke Majlis Penyerahan Peralatan Pesakit berupa Katil bag kepada Veteren ATM, Kpl (B) Encik Ronizam (Vet Kdo) di Kedah.

Majlis telah disempurnakan oleh Mantan Panglima Latihan TD & Panglima 21 GGK, Mej Jen (B) Dato Ahmad Rodi Zakaria.

 

Kuching, 13 April 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal bin Hassim dan Brig Jen Johny melakukan lawatan mesra terhadap veteran ATM, Kol Dunstan (Kor Rjr) di kediaman beliau.

Kluang, 13 April 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Kapt Muhammad Fazdli bin Jafri menyerahkan peralatan pesakit berupa kerusi roda kepada

Encik Samsudin bin Abd. Hamid di kediaman beliau No 11, Jalan Puyuh 6, Taman Aman, Johor.

Beliau berumur 65 tahun dan sedang uzur akibat masalah pinggang.

Turut hadir melakukan lawatan adalah wakil PVATM Kluang.

 

Johor, 13 April 2018 - Seramai 40 peserta daripada kalangan veteran ATM dan ahli keluarga menyertai kursus Urutan Reflexology dan Gunting Rambut selama 2 hari di kluang.

Sibu, 13 April 2018 - Aktiviti mengurus dan mengiringi jenazah Allahyarham veteran ATM, Encik Mustafar bin Abdullah dengan bantuan 9 WKSP BGD di kediaman beliau.

Negeri Sembilan, 10 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim membuat lawatan ke rumah balu veteran ATM yang ditmpa kebakaran iaitu Puan Rafeah bt Mohamed sharif di Felda Bukit Rokan Utara.

Rumah beliau musnah sepenuhnya dan tiada barangan yang dapat diselamatkan. Turut hadir melawat adalah AJK PVATM cawangan berhampiran.

Pihak JHEV ATM telah memberikan penerangan mengenai bantuan yang boleh dimohon oleh beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

KENYATAAN

TIADA BAYARAN DIKENAKAN BAGI SEMUA JENIS BORANG PERMOHONAN/DOKUMEN BAGI SKIM BANTUAN ATAU PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM (JHEV ATM)