• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Terengganu, 18 April 2018 - Lawatan kebajikan Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Kapt Mohd Faizal bin Jamil ke atas veteran ATM, Encik Noruddin bin Ismail di Lot 8937 Kampung Atap, Batu Rakit. Kini beliau tinggal di PT 28793, Taman Desa Solehah, Padang Air Kuala Nerus (rumah anak).

Johor Bharu, 16 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan dan Tabung Pahlawan untuk Veteran Kelainan Upaya (VKU), Balu Veteran OKU (BVOKU) dan Anak-Anak Veteran OKU (AVOKU) yang disampaikan oleh Presiden PVATM, YB Senator Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Hj Mohd Noor (B). Majlis telah diadakan di MFC Bandar Baru Uda, Johor.

Turut diadakan penyampaian cek BBN oleh JHEV ATM Cawangan Negeri kepada 10 orang veteran.

 

Kuching, 17 April 2018 - Majlis Twilight Dedication Service sempena Lawatan Rombongan Veteran Australian Anzac ke Makam Pahlawan di Taman Budaya, Sarawak.

Bentong, 14 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM turut hadir ke Program Fiesta NBOS di Sekolah Menengah Agama, Mempaga 1, Pahang yang akan dirasmikan oleh YB Dato Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan dan juga Ahli Parlimen Bentong.

Kuala Lumpur, 15 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan turut menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia (SSPN1M) dan Sumbangan Kepada veteran ATM Parlimen Bandar Tun Razak oleh Datuk Chew Yin Keen, Pengerusi Yayasan Pendidikan Bandar Tun Razak di Dataran Firdaus Aparment Sri Penara.

Johor, 14 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri menghadiri Mesyuarat Agung PVATM Cawangan Mersing dan membuka Kaunter Bergerak di Balai Serbaguna Taman Seri Mersing. Turut hadir Adun Tenggaruh YB Ravin.

Gelang Patah, 14 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri turut menghadiri Mesyuarat Agung PVATM Cawangan Gelang Patah.

Turut hadir Hj Zainudin b. Sanusi, Setiausaha Sulit Kanan MB Johor.

 

Johor, 14 April 2018 - Perasmian penutup Kursus Urutan Reflexology dan kursus Gunting Rambut lelaki serta penyerahan Sijil kursus oleh Lt Kol Ahmad Kamar bin Abdul Ghani di pusat Giatmara Kluang.