• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Sijil Penghargaan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM bagi pengurusan kewangan berdasarkan Accountability Index Monitoring System (AIMS) bagi tahun 2017

Lawatan kebajikan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris terhadap Veteran ATM yang terlantar sakit akibat strok dan buta iaitu Encik Mohammed Saad bin Suyot di Wilayah Persekutuan Labuan.

Turut hadir Setiausaha PVATM Cawangan Labuan Encik Nazri bin Panjang Abdullah.

 

 

Johor, 08 Jan 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri telah menghadiri Majlis Doa Selamat dirumah Veteran ATM, Encik Mohd Isa bin Mahran yang telah selesai dibaik pulih di Kampung Melayu Paloh, Sembrong.

Turut hadir Ketua Kampung, Ketua PDM Kampung Melayu (juga seorang veteran), Ketua PVATM Cawangan Kahang dan ahli-ahli veteran.

 

Kelantan, 08 Jan 18 - Lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias ke atas Veteran ATM, Encik Fakri bin Abdul di Wad 8 P, Bilik Anggerik, HUSM Kubang Kerian. Veteran mengidap penyakit saraf di bahagian tulang belakang menyebabkan tidak boleh bangun. Pihak JHEV ATM telah menerangkan mengenai bantuan peralatan pesakit yang boleh di mohon dan menguruskan proses untuk membuat kad veteran.

Bintulu, 07 Jan 2018 - Lawatan kebajikan terhadap Encik Ranggau Ak Medin, Kor Armor Diraja yang menghidap kanser oleh Presiden PVTMS serta Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit bersama AJK biro Bintulu yang diketuai oleh Ketua AJK Biro Bintulu, Encik Abdul Rahim bin Abdullah. Beliau disahkan menghidap kanser sejak Mac 2017 dan kini tinggal di 104 Taman Li Hua, Bintulu

Booth JHEV ATM Cawangan Negeri kedah, Perlis & Pulau Pinang menerima kunjungan veteran semasa karnival Camp Warrior JLKN di Kubang Pasu pada 6 Jan 2018.

Miri, 06 Januari 2018 - PVTMS telah mengadakan kaunter bergerak dan pengambilan ahli baru di Dewan Suarah. Program ini diadakan dengan kerjasama JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM telah melakukan lawatan BSH dan penyampaian peralatan pesakit berupa kerusi roda pada 28 November 2017 kepada beberapa Veteran ATM seperti berikut:

1. Encik Kosrin Bin Moin @ Patman (T147379) di No 6 Kampung Semerting, Simpang Pelangai, Bentong, Pahang (BSH)

2. Encik Abdul Wasif Bin Mohd Liki (T18190366). No 56A, Kampung Shafie, Manchis, Bentong, Pahang (BSH)