• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Lancang, 31 Mac 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman Bin Mat Sham TUDM hadir ke Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Lanchang Baru kali ke 8 yang diadakan di Balairaya Kampung Mempateh, Lanchang yang diketuai oleh Mej Jen (B) Dato' Abd Samad bin Yaakub.

Pahang, 31 Mac 2019. Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman Bin Mat Sham TUDM dan Staf telah menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Lipis kali ke 44 di Dewan Dato' Omar Othman, Wisma UMNO Bahagian Lipis yang diketuai oleh Mej (B) Dasimin bin Ibrahim dan turut dihadiri oleh ASP Zaki, Ketua Cawangan Khas IPD Lipis.

 

Sarawak, 30 Mac 2019 - Majlis meraikan Persaraan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Ak Serit yang diuruskan oleh veteran-veteran TUDM Sarawak dan PVWATM yang diketui oleh Kapt (B) Muru dan veteran PW Rajemah. Beliau akan mula bercuti besara pada bulan April 2019 dan turut diraikan ialah Kapt Farizal Hashim, Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak yang akan bertukar keluar.

Kuching, 30 Mac 19.  Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak merasmikan Mesyuarat Tahunan PERIM Cawangan Negeri Sarawak di Kuching dan menyampaikan taklimat mengenai peranan, tugasan dan bantuan yang boleh dimohon melalui JHEV .

 

 

Sarawak, 31 Mac 2019 - Antara veteran ATM yang hadir ke Upacara Perbarisan Menyambut Hari Ulang Tahun Pemerintahan Medan Timor ke - 5 di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan.

Semoga semangat kesatuan yang ditunjukkan oleh semua persatuan dan veteran secara individu akan lebih utuh dan kekal selamanya.

Selamat HUT PMT dari Warga JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak dan semua veteran ATM di Sarawak.

 

 

Taiping,  30 Mac 19-  Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Mej Hasanuddin Bin Othman telah hadir ke Majlis Perasmian Mesyuarat  Agong Kali ke 4 Tahun 2019 Persatuan Bekas Tentera Batalion ke 20 RAMD buat kali ke 4 bertempat di Hotel Taiping Perdana, Perak. Mesyuarat ini telah dirasmikan Oleh Ybhg Dato'Seri Zakaria Zain, Selaku Penaung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tidak Berpencen  Cawangan Negeri Perak.

Keningau, 28 Mac 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej Mohd Kamarulhelmi Bin Mohamad mewakili KP JHEV ATM menyerahkan peralatan pesakit berupa kerusi roda kepada veteran ATM Encik Leong Fung Fun (925341) yang kini tinggal seorang diri di rumah beliau di Kampung Patikang Ulu, Keningau, Sabah.

Temerloh, 29 Mac 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman Bin Mat Sham TUDM melakukan lawatan kebajikan dan Bencana Alam di sekitar Temerloh, Pahang. Antara veteran yang ditemui adalah seperti berikut:

 

Lawatan Kebajikan