• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi melawat rumah bina baru NBOS ketiga dan terakhir bagi tahun 2017 di Parlimen Bagan Datuk, Perak yang masih dalam proses pembinaan pada 28 November 2017. Proses pembinaa rumah telah selesai 75.45% dan dijangka siap sepenuhnya pada 9 Disember 2017.

Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Tuan Haji Abd Karim bin Haji Husain dan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor dan W.P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan menghadiri Majlis Jasamu Dikenang di KD Sri Gombak pada 30 November 2017.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman HJ Ahmad Badaruddin. Turut dibuka Kaunter Bergerak JHEV ATM sempena Majlis tersebut.

 

Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kapten Mohd Shahrizal bin Mohd Khalid melakukan lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Naudin bin Bujang di Aras 5, Wad 5B, Katil No. 6, Hospital Ampang pada 301511H Nov 2017.

Veteran dimasukan ke Hspital Ampang pada 27 Nov 2017 kerana mengalami masalah kesukaran bernafas disebabkan saluran jantung yang sempit. Beliau turut mengidap masalah batu dalam hempedu.

Kota Bharu, 28 November 2017 - Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) telah diadakan di Hotel Renaissance Kelantan melibatkan seramai 167 orang penerima termasuk 10 orang balu. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan pada 28 November 2017.

Sarawak, 24 November 2017 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal bin Hassim dan staff bersama Walikota (Pegawai Daerah) Limbang, Encik Sofian Bin Mahat dan PVATM Limbang telah membuat lawatan kebajikan ke atas veteran di kawasan limbang dan turut serta dalam program penyerahkan sumbangan berupa makanan dan alat pendengaran kepada Encik Manis Ak Lang di Kampung Pelita,Limbang.

kedah, 18 November 2017 - Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) telah diadakan di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara Jitra melibatkan seramai 245 orang penerima pingat termasuk 7 Orang Kurang Upaya (OKU) dan 13 Orang balu Veteran ATM. Majlis PJM ini telah disempurnakan oleh YB. Dato' Sri Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris melakukan lawatan siasatan pada 21 November 2017 bagi bantuan sara hidup Veteran ATM, Encik Majit bin Adam di kampung Kuit Lanas, Keningau. Beliau telah menghidap penyakit lumpuh dan turut hadir Ketua Cawangan PVATM Keningau Encik Masidin bin Yulot.

Turut dilawat Veteran ATM, Encik Mohd Shukry bin Abdullah di Kampun Enubai, Kemabong dan lawatan turut disertai oleh Setiausaha PVATM kemabong, Encik Lokiam Gambir.

 

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim menyerahkan peralatan pesakit berupa kerusi roda kepada Veteran ATM, Encik Amran bin Keling pada 22 November 2017. Kerusi roda diperlukan oleh anak beliau yang merupakan seorang OKU iaitu adik Auni Damia binti Amran.