• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Sibu, 26 Julai 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit melakukan lawatan kebajikan dan pemeriksaan kesihatan ke atas balu veteran ATM mendiang 6011177 Sjn Howel Ak Entri (Ex 3 RRD) bertempat di kediaman beliau di Kota Samarahan serta turut dihadiri oleh PS 2 Perubatan MK 1 Div.

Kuala Lumpur, 25 Julai 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Isa bin Ahmad TLDM melakukan lawatan kebajikan ke atas Lt Kol (B) Encik Muhamad Wahbullah bin Abu Zarin TUDM di Wad Onkologi, Tingkat 3, Katil 1 Hospital Besar Kuala Lumpur.

 Beliau telah di sahkan mengidap kanser Lidah tahap kritikal dan pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan yang selayaknya diperoleh bagi meringankan beban yang ditanggung.

 

Sarawak, 25 Julai 2018 - Lawatan kebajikan dan pemeriksaan kesihatan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit ke atas veteran PW I Meseken Ak Gindal (mantan SMR 1 Divisyen) di kediaman Mantan SMR 1 Div di alamat No. 36, Lot 547, lorong 2B, Taman Boulder Built dan turut dihadiri oleh PS 2 Perubatan MK 1 Div.

 

Perak, 24 Julai 2018 -  Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Lt Mohd Nursalam bin Abidin TLDM melakukan lawatan kebajikan terhadap 1082677 Sjn (B) Encik Khidzir bin Md Yusoff yang telah dimasukkan ke wad 7A, katil 24, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 4 Julai.

Beliau kini menghidapi penyakit paru-paru bernanah, buah pinggang dan sesak nafas namun keadaan semasa adalah stabil dan masih menunggu keputusan doktor.

Pulau Pinang, 24 Julai 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Lt Muhamad Nasrul Syafiq bin Zulkifli TUDM melakukan lawatan kebajikan Terhadap 815109 PW I KMR (B) Encik Muhamad Jafri Osman.

Veteran telah di masukkan ke Hospital Besar Pulau.Pinang, Blok C, Wad C19, tingkat 4, Katil 18 kerana ketumbuhan di Pancreas pada  23 Julai 2018.

Melaka, 23 Julai 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka - Lt Kol Azmizar bin Karim melakukan lawatan terhadap veteran ATM, encik Rosli bin Mohd Amin di hospital Melaka. Beliau telah dimasukkan di wad 4-4, katil 28 semenjak 19 Julai 2018 dan telah ditahan di wad kerana disyaki mengidap kanser hempedu.

Kuala Terengganu, 21 Julai 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias hadir ke Mesyuarat Agong Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) Negeri Terengganu Kali Ke-2 bertempat di Dewan Sivik, Duyong Besar Kuala Terengganu.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Hj Ahmad Amzad bin Hashim, Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Alor Setar, 20 Julai 2018 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM melakukan lawatan terhadap Mej (B) Kamarulsalan bin Othman TUDM (371541) di Hospital Sultanah Bahiyah.