• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

 

Selangor, 30 Jun 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Isa bin Ahmad TLDM menghadiri Program Sembang Santai Hari Raya Aidilfitri Persatuan Veteran Tentera Wilayah Persekutuan di Dewan Al Amin Sri Penara, Bandar Tasik Permaisuri.

 

Kuala Selangor, 25 Jun 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Isa bin Ahmad TLDM melakukan lawatan kebajikan ke atas veteran ATM T95675 Encik Sulaiman bin Daud di lot 1728 Jalan Raja Abdullah, Jeram. Veteran mengalami stroke seluruh badan dan tidak dapat bergerak. Pihak JHEV ATM telah memberikan penerangan mengenai bantuan-bantuan yang boleh diuruskan bagi meringankan beban yang ditanggung beliau sekeluarga.

#kebajikan

#kesejahteraanveteranATMkeutamaankami

 

Kuching, 22 Jun 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit mengetuai seramai 120 veteran ATM sempena Perarakan Gawai Dayak.

 

 

Melaka, 16 Jun 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka - Lt Kol Azmizar bin Karim menziarahi pengkebumian allahyarham Mej B mohamad bin alias yg telah meninggal dunia pada pagi 16 jun 18 akibat diserang sakit jantung ditaman merdeka batu berendam. Arwah telah selamat dikebumikan pada hari yang sama dengan bantuan daripada pasukan 2 KAD.

Kelantan, 14 Jun 2018 - Lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias terhadap beberapa orang veteran ATM sekitar Kota Bharu seperti berikut;

 

  1. Encik Noor bin Deraman (British Army) yang berusia 82 tahun di rumahnya di No. 28, Seksyen 4, Jalan Merbau, Lorong Che Mat Baba, Kota Bharu.

 

Kota Bharu, 13 Jun 2018 - Lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias terhadap terhadap beberapa orang veteran ATM dan anak kepada veteran ATM di sekitar Kelantan yang menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti berikut;
 

1. 1044687 Encik Merel bin Harun di Kampung Jalan PCB, Kedai Buloh, Kota Bharu. Beliau mengidap penyakit buah pingang yang kronik dan stroke.

Kuala Kubu Bharu, 12 Jun 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Isa bin Ahmad TLDM melakukan lawatan kebajikan ke atas veteran ATM T812615 Encik Harni Zainal di No 230 Kampung Gedangsa,

Veteran mengalami retak tulang belakang, Slip disc sejak 5 hari lalu kerana telah terjatuh semasa kerja-kerja membaiki bumbung rumah beliau. Status terkini veteran adalah dalam keadaan stabil.

PENGUMUMAN – BAUCAR BBN 2017 YANG MASIH BELUM DITUNTUT BAGI JHEV ATM CAW. NEG. SELANGOR & KUALA LUMPUR