• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

MUADZAM SHAH- YB. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan telah menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada Veteran ATM Cawangan Muadzam Shah di Dewan Besar Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang.

Turut hadir, YBhg Mej Jen Dato' Wira Hj Mohd Noor Hj Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM, YB Senator Laksamana(B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, Presiden PVATM, YB. ADUN KawasanParlimen Rompin, Pengarah JHEV Cawangan Negeri Pahang dan ahli-ahli PVATM Muadzam Shah.

JHEV Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu telah membuat penyerahan bantuan kerusi roda kepada Veteran ATM yang lumpuh dan anak bekas tentera yang OKU. Bantuan tersebut diberikan bagi menghargai jasa dan pengorbanan bekas tentera yang sebelum ini banyak berjasa sewaktu perkhidmatan mereka di dalam Angkatan Tentera. Justeru itu, sedikit sebanyak dapat meringankan dan memudahkan pergerakan mereka seharian.

 

JOHOR BHARU- Panglima 3 Divisyen YBhg. Mej Jen Dato’ Zamrose Mohd Zain telah  menyematkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 20 orang Veteran ATM sempena Mesyuarat Agung Yang Ke-38 Persatuan ATM Cawangan Johor Bahru yang berlangsung di Dewan Raya Bandar Baru Uda, Johor Bahru yang dirasmikan oleh ADUN Johor Bahru. Turut hadir di majlis tersebut adalah Lt Kol Hj Khalid bin Mohd Sham, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor.

 

Kaunter Bergerak JHEV ATM Cawangan Negeri Johor telah diadakan di Dewan Kejora, taman Sri Lambak Kluang pada 11

Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) telah diadakan pada 11 April 2015 bertempat di Dewan Institut Perguruan Maktab KENT, Tuaran, Sabah. Majlis ini telah dihadiri oleh

DUNGUN – Telah berlangsungnya Mesyuarat Agong Tahunan Ke 37 bagi Persatuan Veteran ATM kawasan Dungun, Terengganu. Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 11 April 2015 bertempat di Dewan Perbandaran Dungun (MPD) dan dirasmikan oleh YBhg

KUCHING - Pesara tentera khususnya di Serian dipelawa mendaftar sebagai ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) bagi memudahkan persatuan mengesan dan menyalurkan bantuan kepada golongan tersebut.

Penasihat PBTM Cawangan Serian Acher Ahmad, 69, berkata, dengan menyertai persatuan nasib bekas anggota tentera dan keluarga dapat terus dibela dan diberi perhatian walaupun selepas mereka meninggal dunia.

KULAIJAYA - Pengarah JHEV Cawangan Negeri Johor Lt Kol Hj Khalid bin Mohd Sham telah melaksanakan lawatan kebajikan dan seterusnya membuat penyerahan bantuan kerusi roda kepada Veteran ATM T/1051769 Zolkafli bin Mobin dan T/709614Mohd Sapinye bin Ismail di kediaman masing-masing pada 8 April 2015. Turut diiringi oleh Ketua Persatuan Veteran ATM Kota Tinggi, Hj Umar bin Hj Ibrahim.