• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

KUALA LUMPUR 25 Februari 2014 - Kementerian Pertahanan memperoleh peruntukan kewangan sebanyak RM60 juta bagi tujuan membaik pulih kuarters-kuarters anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang daif.

BEAUFORT 21 Feb. - Jasa dan pengorbanan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak pernah dilupakan, malah kerajaan berusaha memastikan kehidupan bekas perwira negara itu mendapat pembelaan sewajarnya terutama bagi individu yang mengalami kesempitan hidup.

Menyedari hakikat itu, seramai tiga pesara ATM di daerah ini menerima bantuan rumah di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS) di Dewan Mini Perpustakaan di sini semalam.

KUALA LUMPUR, 11 Februari 2014 – Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), Mejar Jeneral Dato’ Wira Haji Mohd Noor Haji Daud telah menerima kunjungan hormat dari Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM. Rombongan ini diketuai oleh Presiden PBTM Laksamana (B) Tan Sri Dato' Setia Mohd Anwar Hj Mohd Nor.

SANDAKAN 10 Feb. - Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merancang untuk membina dan membaik pulih kira-kira 200 buah rumah bekas tentera di seluruh negara pada tahun ini dengan anggaran kos RM50 juta.

Ketua Pengarahnya, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Noor Daud berkata, setelah dikenal pasti, sebanyak 100 buah rumah baharu akan dibina dengan kos RM50,000 sebuah di Sabah dan Sarawak manakala di Semenanjung, RM45,000 sebuah.

Sandakan, 8 Feb - Tiga belas rumah berjaya dibina oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk keperluan golongan veteran ATM yang layak menerusi program Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato’ Wira Haji Mohd Noor Haji Daud, jumlah itu antara 230-buah rumah yang siap dibina di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

PAGOH 26 Jan - Kesedihan seorang ibu tunggal yang kehilangan rumah pusaka arwah suami berakhir apabila rumah baharu yang dibina di bawah program Rumah Veteran 1Malaysia oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) siap dan boleh diduduki akhir bulan ini.

Jamilah Salim, 63, sebelum ini terpaksa menempuhi kehidupan sukar selepas rumah yang didudukinya lebih 30 tahun itu terpaksa dirobohkan kerana dibina atas tanah milik orang lain tanpa disedari arwah suaminya sewaktu membina kediaman berkenaan.

PASIR MAS 22 Jan. - Kerjaan menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.291 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu bekas tentera dan keluarga mereka di seluruh negeri ini sepanjang tahun lalu.

Pengarah JHEV Kelantan dan Terengganu, Mejar Abu Bakar Siddik Sulaiman berkata, agihan tersebut melibatkan bantuan sara hidup, pendidikan, peralatan pesakit dan bencana alam.

MELAKA 10 Jan. - Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyasarkan 800 rumah veteran tentera akan dibina dan dibaik pulih dalam tempoh empat tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Noor Daud berkata, tahun lalu 200 rumah berjaya disiapkan, iaitu 130 rumah baharu dan 70 rumah dibaik pulih di seluruh negara dengan kos keseluruhan RM7.5 juta.