Logo JHEV

SIPITANG, 18 April 2014- 29 bekas tentera terima Pingat Jasa Malaysia. SAPAWI (duduk tengah) bergambar dengan 29 ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia yang menerima Pingat Jasa Malaysia di Sipitang, Sabah baru-baru ini.PENGHARGAAN. Bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan bekas-bekas pejuang negara, seramai 29 ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Sipitang menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) dalam satu majlis di Dewan Mini Perpustakaan Sipitang, Sipitang, Sabah.

Pingat disampaikan oleh Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad yang turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Sabah, Lt Kol Adnan Ariffin, Ketua Polis Sipitang, Deputi Superintenden Mustapa Osman dan Yang Dipertua Persatuan Bekas Tentera Negeri Sabah, Sanon Safari.

Menurut Sapawi, kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu bekas-bekas tentera termasuk mewujudkan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dalam usaha menghargai pengorbanan mereka.

"Dengan adanya jabatan ini, pesara tentera boleh memohon mendapatkan bantuan yang disediakan kerajaan,"katanya.

 

SUMBER : Akhbar Kosmo