YB Menteri Pertahanan telah mengumumkan dua inisiatif khas bagi membantu Veteran ATM yang menjadi mangsa banjir dalam usaha mengurangkan bebanan mental dan fizikal yang dihadapi oleh mereka yang terlibat. Inisiatif khas tersebut adalah :

  1. Pemberian Ikhsan "ONE OFF" sebanyak RM500 kepada setiap veteran mangsa banjir

  2. Pembaikan/ Penyelenggaraan rumah milik sendiri di bawah Skim NBOS7.

 

KELAYAKAN ASAS PEMOHON

  1. Veteran ATM  (bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia, bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya/Malaysia atau Singapura  termasuk  Ranger di Sarawak, bekas  ahli Force 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) tanpa mengira tempoh perkhidmatan.  

  2. Berdaftar di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN ONE OFF

  1. Kadar bayaran saguhati adalah RM500.00 / “one-off”. 

  2. Salinan kad pengenalan. Sekiranya gagal dikemukakan, JHEV Cawangan Negeri dikehendaki untuk mengambil gambar dokumen tersebut. 

  3. Salinan akaun bank.  Sekiranya gagal dikemukakan, JHEV Cawangan Negeri dikehendaki untuk mengambil gambar dokumen tersebut. 

  4. Gambar Veteran ATM bersama wakil JHEV Cawangan Negeri.(Penyerahan secara tunai sahaja) 

 

KLIK DI SINI UNTUK MEMUAT TURUN BORANG

 

Bagi permohonan pembaikan / penyelenggaraan rumah milik sendiri di bawah Skim NBOS7

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

  1. Mendapatkan borang permohonan dari Pengarah JHEV Negeri
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Kad Bekas Tentera
  4. Gambar rumah yang mengalami kerosakan
  5. Dokumen lain yang difikirkan perlu.

 

BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan bantuan Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia juga boleh dimuat turun di sini

 

Warga JHEV turut berasa amat simpati ke atas semua veteran ATM yang menjadi mangsa banjir dan mendoakan semua yang terlibat tabah menghadapi dugaan ini.