SIBU - Bekas tentera cacat penglihatan, Ibrahim Junaidi menerima sumbangan daripada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Nangka di sini semalam.

Sumbangan itu disampaikan Naib Yang Dipertua 1 PVATM Negeri Abang Mos Abang Tunggal yang juga ketua PVATM Nangka.

Sumbangan itu tanda rasa tanggungjawab PVATM menjaga kebajikan ahli-ahlinya yang memerlukan bantuan.

Pada masa sama, Abang Mos turut mengalu-alukan kepada bekas tentera dan veteran supaya mendaftar menjadi ahli PVATM.

“Kita sangat mengalu-alukan para veteran dan bekas tentera untuk menjadi ahli bersama kami yang sentiasa terbuka menerima kehadiran mereka,” katanya.

Untuk pendaftaran sebagai ahli, mereka boleh menghubungi talian 016-8642981.

Turut hadir Timbalan Ketua Cawangan Jimbau Galau dan ahli-ahli jawatankuasa PVATM Nangka.

 

Sumber:The Borneo Post