29 Ogos 2016 – Seramai 86 orang Veteran ATM telah terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini hasil kerjasama Lembaga Tabung Haji, JHEV ATM dan Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT). Sesi mengemaskini maklumat bagi Veteran ATM yang terpilih sebagai peserta haji telah diadakan di Masjid Khalid Al Walid, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.