Logo JHEV

PASIR MAS- Impian seorang ibu tunggal iaitu Zaiton binti Yahya, 51, untuk tinggal dalam keadaan selesa akhirnya menjadi kenyataan apabila menerima bantuan daripada JHEV ATM untuk membaikpulih rumahnya yang sudah uzur dan dimakan anai-anai. Bantuan tersebut merupakan Projek Jiwa Murni yang telah dilaksanakan oleh Pasukan 7 RAJD yang mana projek tersebut secara tidak langsung mendapat sumbangan daripada YB ADUN Chetok, PV ATM dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

Majlis simbolik penyerahan kunci rumah tersebut diadakan di Kg. Sungai Keladi, Chetok, Pasir Mas, Kelantan dan telah disempurnakan oleh Adun Chetok, Abdul Halim bin Abdul Rahman pada 5 Mac 2015. Rumah baharu itu telah siap dibina sepenuhnya pada awal Februari 2015.