KUCHING 9 Mac- Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan kaunter bergerak di Dewan Masyarakat Lundu pada 9 Mac bagi memudahkan bekas serta balu tentera di kawasan berkenaan dan kawasan berdekatan termasuk Kuching dan Bau berurusan dengan jabatan itu.

Kaunter yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 4 petang adalah bertujuan memberi peluang khusus kepada bekas tentera dan balu yang mempunyai masalah serta ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai bertugas.

Bekas dan balu tentera yang mahu berurusan di kaunter tersebut perlu membawa buku rekod perkhidmatan, kad pengenalan veteran dan isteri, surat beranak anak-anak, sijil nikah, sijil kematian, pingat, pingat dan gambar.

Sebarang keterangan boleh diajukan dengan menghubungi JHEV Cawangan Sarawak di talian 082-230357 atau 082-230358.

 

Sumber : The Borneo Post