04 APRIL 2015-  Kaunter Bergerak JHEV ATM Cawangan Negeri Johor telah diadakan di Wisma Pahlawan, Batu Pahat sempena Majlis Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-40 Persatuan Veteran ATM Cawangan Batu Pahat. Dianggarkan lebih 280 orang balu dan veteran yang hadir ke kaunter mengemukakan persoalan dan permasalahan yang dihadapi.

Pegawai dan kakitangan JHEV ATM Cawangan Johor yang terlibat adalah Penolong Pengarah, Penolong Pegawai Kesatria dan Pembantu Tadbir 1.