Kaunter Bergerak JHEV ATM Cawangan Negeri Johor telah diadakan di Dewan Kejora, taman Sri Lambak Kluang pada 11 April 2015 sempena Majlis Mesyuarat Agung Kali Ke-12 Persatuan Veteran ATM Cawangan Kahang.

Pada majlis tersebut, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Lt Kol Hj Khalid bin Mohd Sham telah menyerahkan kerusi roda kepada balu veteran ATM bagi penerima Skim Bantuan Peralatan Pesakit.