KUCHING, 5 November 2014 - Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Sarawak memohon kerjasama daripada balu, duda dan veteran ATM yang tinggal di sekitar Saratok untuk hadir ke Kaunter Bergerak yang akan diadakan pada Rabu (5 November), jam 9 pagi.

Kaunter begerak tersebut akan diadakan di Dewan Masyarakat Saratok dengan kerjasama Persatuan Veteran ATM (PVATM) Cawangan Saratok bertujuan mengu-ruskan hal-hal permohonan golongan itu selain menyampaikan maklumat mengenai tatacara dan pengurusan skim bantuan yang diwujudkan oleh jabatan.

Balu, duda dan veteran ATM yang hadir ke program itu diingatkan agar membawa bersama beberapa dokumen penting seperti salinan MyKad balu, duda dan veteran ATM, salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan BAT D 92 atau dokumen lain sebagai bukti telah berkhidmat menjadi anggota tentera seperti Pingat Tentera British, salinan buku akaun bank balu, duda dan veteran ATM serta salinan sijil nikah atau sekiranya tiada sijil nikah, balu, duda dan veteran ATM boleh membawa surat akuan perkahwinan.

 

Sumber : The Borneo post