Kedah, 7 Februari 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohd Rozali bin Abdul Rahman TUDM mengiringi KDYMM Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah ke kediaman veteran ATM, Encik Jasni bin Othman(1050278) Ex 19 RAMD di Mergong, Kedah.

Veteran mengalami masalah kanser darah dan merupakan penerima pencen perkhidmatan dan pencen hilang upaya. Turut hadir bersama Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Hj. Mukhriz Tun Mahathir, Pengarah Zakat Kedah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah dan YDP PVATM Negeri kedah.  Beliau turut menerima sumbangan peribadi daripada KDYMM Tuanku serta sumbangan daripada Pihak Zakat Negeri Kedah dan JKM.

 

LampiranSaiz
03.jpg149.26 KB
04.jpg241.06 KB