KUALA LUMPUR, 31 Julai 2014 - Demi meneruskan bantuan kepada bekas anggota tentera, balu dan keluarga mereka, Kempen Tabung Pahlawan akan dilancarkan pada 7 September ini di Auditorium Angkasapuri sempena sambutan Hari Pahlawan. 

 

Setiausaha Agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV-ATM) Lt Kol (Bersara) Tajul Ariffin Chu Johari berkata pihaknya menyasarkan kutipan RM5 juta tahun ini. 

“Tahun lalu kami memperoleh sumbangan berjumlah RM4 juta daripada orang ramai dan sektor korporat,” katanya, hari ini.

Beliau meminta orang ramai menyumbang kepada tabung itu sebagai tanda menghargai jasa pahlawan negara yang berkorban untuk memelihara kedaulatan dan keselamatan negara.

Hari Pahlawan disambut pada setiap 31 Julai. Bagaimanapun, sambutannya di peringkat kebangsaan diadakan pada 18 Julai lalu dan pada tarikh-tarikh berlainan sepanjang Julai di peringkat negeri.

 

Sumber- BERNAMA