Logo JHEV

KENYATAAN

PEMBAYARAN KENAIKAN PENCEN 2 % TAHUN 2017

Dimaklumkan bahawa kenaikan 2% pada tahun ini telah diaktifkan pada 9hb Januari 2017 sebelum bayaran pencen bulan Januari 2017 diproses. Walau bagaimanapun, selepas data dihantar ke pihak Bank untuk bayaran, didapati ada penerima pencen yang tidak mendapat kenaikan 2% tersebut.

Oleh yang demikian, Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM sedang mengenal pasti penerima pencen yang tercicir kenaikan dan akan memastikan semua yang terlibat menerima kenaikan yang sepatutnya semasa pembayaran pencen bulan Februari. Manakala bayaran tertunggak bagi yang tercicir pada Januari 2017 akan dibuat pembayaran secepat mungkin.

Sebarang kesulitan amat dikesali dan tindakan penambahbaikan pada sistem sedang dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.