Logo JHEV

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) menafikan tiada sebarang pembayaran dikenakan ke atas pemohon Pingat Jasa Malaysia (PJM). Pihak JHEV ATM amat kesal dengan tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kesempatan terhadap para Veteran ATM dengan mengenakan bayaran sejumlah RM50.00 hingga RM100.00.

Pihak JHEV ATM menegaskan tiada sebarang kos yang perlu dibayar oleh pemohon PJM bagi mendapatkan borang pingat tersebut. Persatuan-persatuan yang berdaftar di bawah JHEV ATM dipohon untuk bekerjasama bagi memastikan perkara ini tidak berlaku di masa hadapan. Para Veteran ATM disarankan agar berurusan terus ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri yang berhampiran sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Penganugerahan PJM sila hubungi Lt Kdr Mohd Yazid bin Abu Bakar TLDM, Sel Pingat dan Memorial, Bahagian Khidmat Pengurusan JHEV ATM, di talian 03-20508011.

 

Sekian, terima kasih.

__________________________________________________________________

JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR

06 MAC 2017