KUALA LUMPUR - PERHEBAT dengan kerjasama JHEV ATM, LTAT dan PVATM telah menganjurkan Konvesyen Kebangsaan Usahawan Veteran ATM 2016 pada 16 dan 17 Ogos 2016 bertempat di PWTC. Tema konvesyen kali ini ialah “Memperkasa Usahawan Veteran ATM” dan telah dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Pertahanan. Seramai 200 usahawan terdiri daripada Veteran ATM menyertai konvensyen ini. Sebanyak 50 booth usahawan Veteran ATM, 10 booth agensi kerajaan dan 10 booth syarikat korporat telah dibuka. Turut berlangsung, pelancaran Dokumentari Usahawan Veteran ATM siaran RTM dan pelancaran Alumni PERHEBAT.