Kuala Lumpur, 8 Jan 19 - Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato, Dzulkarnain Bin Ahmad telah menerima kunjungan hormat daripada Veteran ATM, Encik Khamaruzaman Bin Mohd Yusof yang berumur 59 tahun. Beliau telah berkhidmat dalam TUDM selama 13 tahun dan merupakan seorang orang kurang upaya kerana mengalami masalah kaki dan tangan kanannya.

 Veteran juga telah lulus sebagai “pilot” pesawat terbang sejak tahun 1979 sebelum mengalami kecacatan. Namun beliau masih boleh memandu pesawat terbang walaupun setelah mengalami kecacatan tersebut. Beliau juga telah menjadi juruterbang bebas selepas berhenti daripada TUDM.

Beliau juga telah berkecimpung dalam kerja pembalakan, jentera berat & pertanian mulai tahun 2001 sehingga mengalami lumpuh akibat kemalangan pada tahun 2007 hingga 2011. Kini beliau telah meneruskan kehidupan dengan berkecimpung dalam bidang pertanian bagi meneruskan kehidupan.

LampiranSaiz
dsc_0652.jpg4.71 MB
dsc_0658.jpg4.96 MB