SABAK BERNAM, 26 Nov 16 - JHEV ATM Cawangan Selangor & Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Kolej Komuniti Sabak Bernam telah menganjurkan Kursus Pengendali Makanan dan Produk Berasaskan Ikan selama 1 hari di kolej berkenaan. Objektif kursus adalah memberi pendedahan umum berkenaan asas pengendalian makanan dan pembuatan produk berasaskan ikan kepada peserta. Seramai 20 orang terdiri daripada Veteran ATM dan isteri (15 Selangor, 1 KL, 1 Putrajaya, 1 Johor) menyertai kursus tersebut.