SELAYANG; 30 Nov 16 - JHEV ATM Cawangan Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Kolej Komuniti Selayang telah menganjurkan Kursus Penghasilan Mee Kuning dan Kuey Teow selama 1 hari di kolej berkenaan. Objektif kursus adalah memberi pendedahan umum berkenaan asas penghasilan mee kuning dan kuey teow kepada peserta. Seramai 20 orang terdiri daripada Veteran ATM dan isteri menyertai kursus tersebut.